Connect with us

Oh! Media

Produser Bollywood Minat Dengan Kejayaan Tun Mahathir

Oh! Negara

Produser Bollywood Minat Dengan Kejayaan Tun Mahathir

Kejayaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuklah dari seorang produser Bollywood yang merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Mahathir yang kembali menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.
Raman Kumar,73 merancang untuk membuat filem bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakam dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Malaysia dan Inggeris.
“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan. Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” 
“Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang menang pilihan raya,” katanya.
Raman yang tinggal di Britain, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagia daripada kru filem akan datang dari Mumbai.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas