Connect with us

Oh! Media

Presiden Indonesia Joko Widodo Mengucapkan Selamat Dr. Mahathir

Qeqeqeqeqjpg

Oh! Negara

Presiden Indonesia Joko Widodo Mengucapkan Selamat Dr. Mahathir

Setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Mahathir telah mendapat ucapan tahniah dari pelbagai pihak tidak kira dalam mahupun luar negera. Termasuk dari negara jiran Indonesia yang datangnya dari Presiden Joko Widodo yang turut mengucapkan selamat kepada Tun Mahathir di laman ‘facebook’ rasmi miliknya.

Kata Presiden Joko Widodo, ” Saya mengucapkan selamat kepada Bapak Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, jabatan yang beliau emban untuk yang kedua kalinya setelah menjadi perdana menteri pada tahun 1981-2003. Kami berbicara melalui telepon semalam, seusai beliau dilantik dan mengucapkan sumpah jabatan di Istana Negara, Damansara, Malaysia. 


Saya juga mengucapkan selamat atas kemenangan Pekatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kemarin. Saya senang mendengar proses demokrasi di Malaysia yang berjalan lancar dan aman. Sebagai negara serumpun, saya percaya, di bawah kepemimpinan Bapak Mahathir, hubungan antara kedua bangsa kita akan terus meningkat.

Dan saya mendoakan Bapak Mahathir terus diberikan kesehatan untuk menjalankan amanah rakyat Malaysia ini.”

IKLAN
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas