Connect with us

Oh! Media

Petisyen Bantah GST Diwujudkan Untuk Mereka Yang Ingin Menolak Pelaksanaan GST

Oh! Negara

Petisyen Bantah GST Diwujudkan Untuk Mereka Yang Ingin Menolak Pelaksanaan GST

Foto Egenz.Com

ADVERTISEMENT

Hampir satu bulan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dijalankan oleh kerajaan Malaysia, dapat kita lihat ianya menzahirkan kemarahan rakyat Malaysia seluruhnya. Sukar untuk kita jumpa ada yang bersetuju dengan GST kerana mahu atau tidak, cukai tersebut turut membebankan hidup mereka sendiri.

Kefahaman rakyat Malaysia juga nyata sangat rendah tentang apa itu GST sebenarnya. Mengapa ianya terjadi? Persoalan ini patut dijawab pihak tertentu yang sepatutnya menggunakan medium sosial, akhbar dan televisyen untuk menjelaskan tentang apa sebenarnya GST sebelum ianya dijalankan. Biarpun terdapat iklan dengan menggunakan selebriti tempatan dipaparkan di televisyen sebelum ini, jelas mesej utama tentang GST itu tidak pernah disampaikan dengan baik di mana apa yang diberitahu hanya ini dan itu tidak dikenakan GST dan akhirnya selepas GST dimulakan, banyak perkara yang indah khabar dari rupa.

Video dari Rafizi Ramli baru-baru ini menerima pujian rakyat Malaysia. Video dengan durasi hampir 10 minit itu menjelaskan bagaimana GST dilaksanaan dan apa kesanya kepada pengilang, peniaga dan juga pengguna. Berikut adalah videonya yang boleh anda tonton.

(Wajib Tonton) Penerangan GST Oleh YB Rafizi Ramli
YB Rafizi Ramli mengeluarkan video pertama dari 4 siri bagi menjelaskan selengkap-lengkapnya tentang GST untuk kefahaman rakyat Malaysia. Ini video yang harus rakyat Malaysia tonton untuk fahamkan apa sebenarnya GST di mana tak mungkin akan dijelaskan di dalam TV atau akhbar. Iklan-iklan di TV atau kata-kata yang keluar dari mulut para Menteri sebaiknya dianggap sekadar angin yang lalu. Selamat menonton! – Oh! MediaPsst: Jangan esok menteri tu kata “Rafizi masih tak faham GST” sudahlah. Haha.
Posted by Oh! Media on Monday, April 27, 2015



Kewujudan video seperti ini dapat dilihat memuaskan hati rakyat Malaysia yang tertanya-tanya apa kebaikan dan keburukan apabila GST dijalankan. Salute pada segala usaha yang dilakukan untuk menyampaikan maklumat betul dan berfakta untuk pengetahuan rakyat Malaysia.

Selain itu, telah wujud juga website khas untuk rakyat Malaysia yang membantah GST di alamat http://bantahgst.com dengan melengkapkan satu petisyen dengan sasaran sokongan 200,000 orang sebelum 1 May ini. Web tersebut menggunakan slogan “Golongan Susah Tertindas” sebagai maksud lain kepada erti GST yang sebenar. Berikut apa yang disampaikan website tersebut.

Pada kami, GST ini bukan soal politik atau apa pilihan anda semata-mata memandangkan Tun Mahathir sendiri juga tidak menyokong dan tidak nampak keperluan cukai ini dijalankan yang jelas sekali amat membebankan kehidupan rakyat Malaysia hari ini terutamanya yang sudah sekian lama kais pagi, makan pagi.

Menolak GST bukan tanda anda di pihak Pembangkang. Menyokong GST pula tak bermakna anda berada di pihak Kerajaan. Samaada pegangan politik anda memihak pada BN atau Pembangkang, apa yang jelas GST tetap setiap hari akan menyelebungi ruang kehidupan rakyat Malaysia dalam apa jua pun yang dilakukan. Tiada siapa yang terkecuali.

Jadi bagaimana kehidupan anda selepas hampir satu bulan GST dilaksanakan?

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas