Connect with us

Oh! Media

Pengalaman Oh! Media Ke Farm In The City, Seri Kembangan

Branded

Pengalaman Oh! Media Ke Farm In The City, Seri Kembangan

Dalam hiruk-pikuk Kuala Lumpur ni, tak sangka pula terdapat sebuah petting zoo di Seri Kembangan. Mungkin ada antara korang yang dah tahu pasal Farm In The City ni, tapi kami adalah lebih kurang 2 bulan lepas sahaja baru tahu wujudnya sebuah petting zoo persendirian di Seri Kembangan yang dah wujud sejak 3 tahun yang lalu pun sebenarnya! Farm In The City ini menggabungkan tiga perkara iaitu “Animals, Plants & Nature” sebagai tarikan utama membawa pengunjung datang ke sini.

Berbanding dengan zoo, sejujurnya petting zoo lebih menarik yang mana kita sebagai pengunjung dapat mendekati haiwan dengan lebih dekat dan bukan sekadar melihat dari jauh. Boleh beri binatang makan, boleh peluk cium (kalau nak. Haha) dan paling ‘rare’ siap selfie bersama lagi! Haha!

Taknak tunggu lama, minggu lepas office kami tutup awal semata-mata semua teruja nak ke Farm In The City ni. Lokasi dia korang buka WAZE dan search sahaja Farm In The City. Kalau tak ada WAZE, tempat ni lokasi dia betul-betul di belakang Pasaraya Giant Seri Kembangan dan bersebelahan dengan The Atmosphere, Seri Kembangan. Lihat map di sini.

Tiket masuk ke sini berharga RM30 untuk dewasa, RM25 untuk kanak-kanak dan RM25 untuk warga emas.

Kat sini ada macam-macam binatang yang boleh korang tengok. Daripada Kura-Kura Gergasi membawa kepada Rusa, Kuda, Ponny, Landak dan banyak lagi. Melihat semua haiwan-haiwan ini bergembira dalam habitan mereka benar-benar mengujakan kami. Teruja sebab before tengok dalam gambar aje kan?!

Kura-kura ni berusia 31 tahun tau! Mungkin lagi tua dari korang. Hehe. Namanya Ora-Ora.

Kalau bernasib-baik, korang akan dibaca oleh tourist guide yang akan berkongsi pelbagai cerita tentang setiap haiwan yang ada di sini.

Biawak yang besar gila ni pun ada tau. Mungkin siapa yang membesar di kampung tu akan rasa pelik kenapa Biawak pun diorang bela? Tak pelik pun sebenarnya sebab ramai kot yang membesar kat bandar tu tak pernah pun dapat tengok Biawak secara live depan mata.

Pengalaman bagi makan burung pelbagai jenis yang sebelum ni tak pernah kami lihat juga sukar untuk dilupakan.

Abang besar kat sini. Jangan sesekali kacau Merak betina dia.

Tengok tu bukan main lagi seronok si Kakak Tua tu mandi.

Gambar di atas ni adalah Taman Rama-Rama tapi masa kami datang ni, ianya ditutup untuk sementara waktu memandangkan Rama-Rama banyak yang mati disebabkan musim panas. Frust kejap sebab tak dapat ambil gambar Rama-Rama tapi tak apa sebab banyak lagi tempat menarik yang boleh kami jelajahi kat dalam ni.

Kalau korang ke sini, memang akan terjumpa Kambing ni. Dia ni SANGAT KUAT MAKAN! Semua dia nak bolot sorang.
Tengok tu! Muka dia memang tak boleh miss kalau pasal makan.
Errr…. ok ok sorry abang Kambing 🙁

Masa kami datang ni juga, terserempak dengan ramai adik-adik dari pelbagai sekolah sekitar Lembah Klang yang datang rombongan bersama guru-guru mereka.  Melihat telatah adik-adik yang begitu teruja dapat lihat dan sentuh pelbagai bintang di sini, tak hairanlah pun sebab mereka semua ni anak-anak orang KL. Lahir-lahir terus tengok KLCC terpacak depan mata mananya nak jumpa haiwan-haiwan ni semua.

Menurut pihak Farm In The City, hampir setiap hari tempat ini akan dikunjungi kanak-kanak dari pelbagai jenis sekolah samaada dalam atau luar negeri. Mungkin kalau ada cikgu-cikgu di luar sana yang terbaca kisah kami ni, bolehlah bawa anak-anak murid datang ke sini dan lihat sendiri betapa seronoknya mereka nanti.

Ini pertama kali kami dapat tengok Landak secara berdepan. Betul-betul di depan mata. Tengok duri-duri di badan dia, teringat masa kecil dulu pernah beli dari kawan buat guna jadi penunjuk masa mengaji. Hahaha.

Anyway ada orang kata Landak ni akan tembak duri dia kalau kita datang dekat. Sebenarnya tu semua mitos semata-mata. Landak ni tak akan menembak musuh dia dengan duri yang anda di badan dia dari jauh tapi dia hanya akan menyerang musuh dengan menggulingkan badannya kepada musuh. Landak akan menyerang bila rasa dirinya terancam. Tapi dia tak terus serang sebaliknya akan keluarkan satu getaran bunyi di bahagian ekor sebagai amaran terlebih dahulu. Kalau amaran tersebut tak diendahkan, baru dia akan menyerang.

Dari mana kami tahu semua ni? Sebab datang ke Farm In The City ni lah! Heh!

Berikut antara beberapa lagi haiwan yang sempat kami ambil gambar. Banyak lagi yang tak dapat dirakamkan sebab masing-masing sibuk bermain dan bagi makan haiwan-haiwan ni semua. Ada juga haiwan yang tidur ketika kami datang ni.

Pemalu orangnya budak Pony ni. Koh koh!
What the Fox Says?
Cenderamata dan restoran tersedia selepas puas berjalan

Selain pelbagai jenis haiwan dipamerkan, di sini juga ada taman sayur-sayuran. Kami tak sempat nak ke semua tempat tapi jika anda ke sana nanti, bolehlah masuk semuanya ya?! Amaran, tempat ni luas tau?! Jadi sediakan diri anda fizikal dan mental.

Istimewa untuk kanak-kanak bila mereka akan menerima satu sijil dari Farm In The City sebelum pulang.

Farm In The City ini memang menyeronokkan untuk sesiapa yang ingin melihat pelbagai jenis haiwan dengan lebih dekat. Peluang untuk memberikan haiwan-haiwan ini makan, bergambar dan memegang memang satu kenangan yang manis untuk dikenang. Kenalah dengan namanya, Farm In The City menjanjikan pengalaman menarik dan mengasyikkan kepada semua pengunjung biarpun berada di tengah bandaraya.

Video:

Layari website Farm In The City di www.fitc.com.my dan juga Facebook Pages untuk mengetahui pelbagai lagi maklumat dan gambar yang menarik.

NAK TIKET MASUK PERCUMA?

Kami mempunyai 10 keping tiket masuk yang ingin dihadiahkan kepada 5 pemenang bertuah. Beritahu kami mengapa anda ingin ke Farm In The City dan jawapan 5 jawapan terawal yang paling awesome akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan di dalam artikel ini pada 12 Julai 2014 ini dan kami akan respon komen anda di bawah. Enjoice dan selamat mencuba!

Update: Pememang telah diumumkan melalui ruangan komen di bawah. Jika ikutkan kami nak berikan pada semua tapi apakan daya hanya 10 keping tiket sahaja yang ada. Tahniah kepada yang menang dan terima kasih kepada yang sudi mencuba. Walaupun tak menang, cubalah ke Farm In The City, ianya menjanjikan pengalaman yang amat manis untuk dikenang.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas