Connect with us

Oh! Media

Nasihat Seorang Ayah Kepada Anaknya Nurul Izzah

Izzah2jpg

Oh! Negara

Nasihat Seorang Ayah Kepada Anaknya Nurul Izzah

Setelah Ketua Umum PKR Anuar Ibrahim dibebaskan apabila mendapat pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Nurul Izzah Anwar berkata, ayahnya ada menitipkan nasihat kepada dirinya.
Katanya, saranan dan nasihat itu sangat memberi kesan terhadap dirinya dan beliau beritizam untuk menjadikan saranan itu sebagai panduannya dalam menempuh liku-liku perjalanan dalam dunia politik.
“Antara perkara pertama yang ayah sebut ialah jangan sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri,” katanya.
Selain itu, Izzah berkata ayahnya juga turut mengingatkan bahawa kehidupan ini adalah satu perjuangan. Justeru, katanya pesanan-pesanan dan kata-kata mengenai perjuangan sudah sebati dengan dirinya.
“Datuk Seri Anwar walaupun masa dia keluar penjara memanglah dia peluk cium kami sekeluarga, tapi dia sebut dia kasihkan dan hargai sokongan rakyat, tanpa rakyat siapalah kami” katanya.
Sumber : Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas