Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Pertahan Berhak Menerima Hadiah

Oh! Negara

Najib Razak Pertahan Berhak Menerima Hadiah

Selepas pengumuman yang dikeluarkan dari Datuk Seri Amar Singh berkenaan nilai rampasan yang mencecah RM1.1 Bilion, bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mempertahankan dia dan isteri tidak bersalah dan berhak menerima hadiah daripada pemimpin lain sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Menurut Najib Razak, dia juga menyatakan contoh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui dan menerima hadiah kuda daripada rakan pemimpin asing termasuk menggunakan banyak jet korporat.
Najib juga mendakwa dan menjelaskan bahawa, dia sekeluarga telah menerima hadiah yang banyak.
“Tetapi apa yang saya tahu ialah selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami diberi hadiah yang banyak daripada pemimpin asing termasuk teman dan saya tahu mengikut peraturan, tidak salah untuk menerima hadiah. Hadiah ini terkumpul selama beberapa dekad”. 
“Sebagai contoh, Dr Mahathir mengakui menerima 40 ekor kuda daripada temannya dan pemimpin asing dan beliau secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya, maka tidak salah menerima hadiah” katanya. 
Isteri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah turut terkejut apabila mengetahui mengenai jumlah dan nilai barang yang dirampas dari kediaman mereka.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas