Connect with us

Oh! Media

Moby Money Jadi ‘Game Changer’ Buat Peniaga, Mudahkan Aliran Kewangan & Perkembangan Perniagaan

Branded

Moby Money Jadi ‘Game Changer’ Buat Peniaga, Mudahkan Aliran Kewangan & Perkembangan Perniagaan

Kalau korang Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS), mesti korang pernah rasa penat dengan cara tradisional, setiap kali berurusan berkaitan aliran kewangan betul tak? 

Nak tunggu kelulusan bank, dengan segala kertas kerja perlu disiapkan, semuanya makan masa dan tenaga. Jadi, siapa je yang tak penat…

Lagi-lagi zaman dah modern ni, mestilah kita mengharapkan kemudahan tersedia selari dengan perkembangan teknologi. Kalau boleh, kita nak semuanya berjalan dengan pantas dan lancar! 

Sebab itulah Moby Money hadir dengan penyelesaian yang lebih efisien buat PKS di luar sana!

Roland Menjadi Bukti Keberkesanan Moby Money

Untuk pengetahuan, sebuah syarikat pengimport tempatan terkemuka bagi produk makanan dan minuman dari Timur Tengah, Best Buy International Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Moby Money. 

Melalui kerjasama ini, pembiayaan fleksibel berasaskan aliran tunai Moby telah membolehkan Best Buy International memperluaskan lagi portfolio produk mereka, memperkukuh hubungan dengan pembekal, dan mencapai pertumbuhan mampan, sambil mengatasi halangan yang sering dihadapi dengan pinjaman bank tradisional.

Menurut Pengarah Best Buy International, Roland Low, beliau seringkali menghadapi kesukaran dalam berurusan dengan bank, dari segi penggunaan masa yang sangat lama serta terpaksa melalui situasi sekatan umur. 

“Saya sudah berusia lebih 70 tahun, menjadikan ia lebih sukar buat saya. Jadi, Moby Money sangat membantu, tanpa sebarang kerenah. Selagi perniagaan itu berdaya maju dan menguntungkan, kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Moby bagi membiayai pembelian kami.”, kata Roland. 

Dengan sokongan daripada Moby Money, Best Buy International telah:

– meneruskan import produk makanan dan minuman dari Azerbaijan dan Turki, sambil menguruskan permintaan dan modal kerja dengan teliti,

– mengekalkan aliran tunai yang berdisiplin dengan menyelaraskan setiap penghantaran dengan permintaan pelanggan telah disahkan,

– membayar pembekal dengan segera, menghasilkan tempoh penghantaran yang lebih cepat dan kepercayaan pembekal lebih kukuh.

Tambah Roland lagi, “Pembekal gembira mengetahui kami kini boleh membuat lebih banyak pembelian, dan disebabkan Moby Money membiayai kami, kami dapat membayar mereka dengan segera. Hasilnya, barang-barang dapat dihantar tepat pada masanya.”

Sementara itu, Rian Phillip, CEO Moby Money Sdn. Bhd., mengulas tentang kerjasama tersebut, “Misi kami di Moby adalah untuk mengutamakan pedagang dengan menghapuskan halangan yang sering dihadapi oleh perniagaan daripada mengakses pembiayaan diperlukan. 

Tambahnya lagi, banyak pedagang yang bertapak mendatangkan keuntungan dan diuruskan dengan baik, tapi masih kurang mendapat perkhidmatan daripada model pembiayaan tradisional. 

Perjalanan Best Buy International menunjukkan bagaimana pembiayaan yang fleksibel dan berpusatkan pedagang dapat membantu perniagaan berkembang secara bertanggungjawab, memperkukuh hubungan pembekal, dan melayani pelanggan dengan penuh yakin, tambah Rian Philip.

Moby Money Tawar Jalan Penyelesaian Terbaik!

Untuk korang yang belum pernah dengar, Moby Money adalah sebuah syarikat yang memperkasakan rakyat Malaysia dengan menawarkan penyelesaian pembayaran fleksibel, menjadikan kebebasan kewangan lebih mudah diakses dan bebas tekanan. 

Polisi mereka direka untuk menggalakkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab, di mana pengguna akan dibimbing untuk berbelanja mengikut kemampuan melalui sistem belanjawan pintar, selaras dengan situasi kewangan mereka.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Moby Money, layari laman web rasmi Moby Money atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas