Connect with us

Oh! Media

Macam-Macam Yang #MakKata Satu Pun Kita Tak Lupa

Branded

Macam-Macam Yang #MakKata Satu Pun Kita Tak Lupa

Masa zaman kita membesar dulu, memang banyak perkara yang mak katakan
terutamanya bila di musim yang sibuk seperti di bulan Ramadhan dan juga Raya. Dalam tempoh 29 hari puasa tu, memang banyak yang mak pesan sampailah habis raya.

Kalau bukan mak kita yang kata, mungkin mak kepada orang lain yang kata. Lalu semuanya berterusan turun-temurun dari generasi ke generasi. Kewujudan pantang- larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya untuk generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan.

Ajaibnya apa yang selalu #MakKata adalah perkara yang betul. Jika tidak nampak di mana logiknya sekalipun, pasti ada sebab lain mengapa petua, pantang-larang, dan pesanan dari orang tua zaman dahulu terus kekal relevan hingga ke zaman ini.

Paling tidak pun, pasti kita akan ingat satu pesanan mak masa kecil dulu. Antara yang segar diingatan Ohmedia seperti “Jangan menyanyi masa masak nanti kahwin dengan orang tua”. Jika dilihat susah nak nampak logik apa kaitan masak dan kahwin dengan orang tua.

Tapi sebenarnya ianya membawa nasihat untuk mengelak masakan hangus kerana terlalu leka menyanyi dan orang tua itu cuma simbolik untuk menakut-nakutkan sahaja.

Selain itu #MakKata jangan duduk atas bantal nanti bisul. Jadi kat mana logiknya duduk atas bantal dan juga bisul? Sebenarnya ia cuma larangan supaya menjaga bantal daripada
pecah atau koyak, dan tidak sopan jika perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.




Ada banyak lagi sebenarnya. Korang ada tengok video #MakKata dari Celcom tu tak? Kalau belum boleh tengok akan ada 30 video tentang #MakKata ni di website Celcom sempena kempen #MakKata yang sedang berlangsung di mana setiap hari 1 video #MakKata akan dikongsikan sepanjang bulan Ramadhan.

Tonton Video Di Atas Sambil Beramal

Menariknya setiap tontonan korang akan ditukar menjadi sedekah amal jariah kepada badan kebajikan tertentu. Bagaimana?

Untuk 1 juta tontonan video “Letter From Mak”, RM60,000 akan disumbangkan. Bagi 1.5 juta tontonan RM80,000 akan disumbangkan dan jika tontonan jejak kepada angka 2 juta tontonan, maka RM100,000 akan disumbangkan. Ini salah-satu cara yang menarik untuk beramal dengan cara yang menghiburkan dan memberi manfaat kepada yang menonton. Jadi share sebanyak mungkin video “Letters From Mak” di atas tu biar kita dapat capai jumlah kutipan sumbangan yang lebih tinggi ok?!

Tonton video #MakKata di website www.MakKata.com.my ataupun tonton dari Facebook dan Youtube Celcom.



Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas