Connect with us

Oh! Media

Lucu, PM New Zealand Akhiri ‘Live’ Di Facebook Untuk Tidurkan Anak Perempuannya

Article 2 12 11

Umum

Lucu, PM New Zealand Akhiri ‘Live’ Di Facebook Untuk Tidurkan Anak Perempuannya

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern terpaksa mengakhiri live streaming di Facebook kerana mahu menidurkan anak perempuannya.

BACA: PM New Zealand Jacinda Ardern Terima Ugutan Bunuh di Twitter

Anaknya yang berusia tiga tahun telah memanggil namanya ketika sedang melakukan sesi penstriman di Facebook, untuk mengajaknya tidur.

IKLAN

Live mengenai keadaan Covid-19 di New Zealand

Menurut laporan Kosmo, dalam video tersebut, Jacinda Ardern sedang memberitahu mengenai keadaan semasa di New Zealand berkenaan Covid-19. Sedang berkata-kata, tiba tiba anaknya memanggilnya.

Kamu perlu tidur, sayang. Sekarang adalah waktu tidur. Pergi masuk ke bilik dan ibu akan datang sebentar lagi. -Ardern

Ardern menyambut baik penggilan anaknya itu dan meneruskan live tersebut. Namun, dalam beberapa minit, anaknya masih memanggilnya dan membuatkan beliau mahu mengakhiri sesi tersebut untuk bersama dengan anaknya.

Ardern meminta maaf kepada anaknya kerana mengambil masa yang lama untuk sesi penstriman itu.

Lucu betul tengok aksi dua beranak ini. Sungguh lembut seorang ibu melayan karenah anaknya walaupun sedang live di Facebook.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas