Connect with us

Oh! Media

Lim Guan Eng Tak Puas Hati Ditempatkan Dalam Lokap Sempit, Tanpa Tilam & Perlu Pakai Baju Oren

Ohmedia lim guan engpng

Oh! Negara

Lim Guan Eng Tak Puas Hati Ditempatkan Dalam Lokap Sempit, Tanpa Tilam & Perlu Pakai Baju Oren

Sepanjang pendakwaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah berikutan kes rasuah dan ditahan SPRM, Lim Guan Eng ada menyatakan rasa tidak puas hati dirinya.

SPRM bagaimanapun tampil menjelaskan situasi ini dan menepis dakwaan mengatakan pihaknya bersikap berat sebelah ketika menyiasat bekas Menteri Kewangan ini.

Kami tidak berat sebelah (pada) mana-mana pihak, kami jalankan tugas seperti biasa dan secara telus dan profesional. Mana-mana pegawai penyiasat (yang) gunakan baju lokap warna oren (kepada individu) adalah bawah budi bicara pegawai penjaga lokap dan pegawai penyiasat.

Hal ini sudah saya ulang banyak kali, dia (pakai baju reman SPRM) terpulang kepada budi bicara berkenaan. – Jelas Ketua SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Sebelum ini, Lim Guan Eng yang ditahan SPRM telah berkongsi keadaannya ketika dalam tahanan di mana tidak bernasib baik seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana dia terpaksa tidur atas lantai papan tanpa bantal atau tilam.

IKLAN

Lim Guan Eng juga mendakwa dia ditempatkan dalam bilik yang sempit dan terpaksa tukar pakaian jingga SPRM. Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng juga tidak berpuas hati kerana Najib tidak perlu bermalam di dalam lokap walaupun sehari.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes Lim Guan Eng di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas