Connect with us

Oh! Media

Sekitar Konvokesyen Universiti Teknologi PETRONAS ke-18

Branded

Sekitar Konvokesyen Universiti Teknologi PETRONAS ke-18

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada 1,659 graduan Universiti Teknologi PETRONAS yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di universiti berprestij ini dengan sekalung ijazah di dalam pelbagai bidang seperti sains, kejuruteraan, dan teknologi pada majlis konvokesyen ke-18 yang berlangsung pada 18 November 2018 yang lalu.

Ini merupakan acara konvokesyen yang terbesar pernah berlaku di UTP sejak dari konvoksyen pertama pada tahun 2001. Setakat ini UTP telah melahirkan lebih 17,529 graduan dari lebih 50 buah negara.

Daripada 1,659 graduan, 1,375 dari mereka adalah lulusan degree, 133 Master, dan 151 PhD. Untuk PhD, ini adalah jumlah graduan terbesar yang pernah dihasilkan oleh UTP. 21% dari graduan adalah dari 38 buah negara, juga satu jumlah barisan negara pernah berjalan di universiti ini. Majlis konvokesyen ini dihadiri oleh lebih 2,000 ibu-bapa dan tetamu.

Team Ohmedia yang berkesempatan hadir ke majlis konvo berprestij ini sempat juga membuat ‘live video’ semasa di sana dan anda boleh menontonnya di bawah ini..

Bahagian 1:



Bahagian 2:




Banyak yang menarik bila sebut sahaja tentang UTP. Sejak sekian lama, mereka menempatkan para siswazah yang datang dari seluruh benua di dunia. Ini sekaligus menjadikan UTP sebuah komuniti tumpuan dunia dan membolehkan para graduan tempatan mengenali pelbagai budaya berbeza melalui interaksi antara satu sama lain dalam suasana pembelajaran yang berkualiti.

Graduan UTP bukan sahaja sekadar menghadiri kuliah, tapi mereka dipersiapkan dengan tugasan dengan tujuan akademik di kampus melalui pembabitan dalam kelab dan persatuan seperti bidang sukan, kebudayaan, serta ilmiah. Aktiviti ko-kurikulum turut dimasukkan ke dalam modul pembelajaran demi melahirkan graduan yang progresif serta membentuk kemahiran insaniah pelajar.

Mereka juga menjalani latihan praktikal selama 7 bulan yang dapat membentuk kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi selepas sahaja tamat belajar.

Para pelajar UTP juga sentiasa mempunyai peluang untuk ke luar negara di dalam program khidmat masyarakat atau melalui program pertukaran pelajar yang telahpun diamalkan sejak sekian lama. Segala usaha UTP dalam menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara progresif ini membolehkan UTP sentiasa melahirkan para graduan yang berkualiti tinggi.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada semua graduan Universiti Teknologi PETRONAS.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas