Connect with us

Oh! Media

KJ Ditegur Lagi Kerana Tidak Menyalahkan Diri Sendiri

26klirutransformedjpg

Oh! Negara

KJ Ditegur Lagi Kerana Tidak Menyalahkan Diri Sendiri

Nampaknya situasi salah menyalahkan antara satu sama lain akibat kekalah BN tempoh hari semakin menjadi-jadi. Sebelum ini,Khairy Jamaluddin menerima teguran pemimpin partinya sendiri kerana menuding jari isu 1MDB sebagai punca kekalahan BN pada PRU14.

Hari ini, seorang pemimpin PH pula menyindir Ahli Parlimen Rembau itu kerana tidak menyalahkan diri sendiri.

“Kenapa anda tidak cuba menyalahkan diri sendiri juga. Kerana ramai orang termasuk saya mahu anda melawan Najib berkenaan 1MDB sebelum ini dalam usaha menyelamatkan Umno dan negara.

IKLAN

“Tetapi adakah anda berbuat demikian? Anda tidak. Kenapa?,” sindir Pengarah Strategi Amanah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, Khairy seperti biasa tidak berdiam diri apabila membalas kenyataan Dzulkefly itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengatakan dirinya tidak dipersalahkan dalam isu berkenaan.

“Saya kata kita kalah kerana 1MDB. Maknanya, kita semua patut dipersalahkan. Semua orang dari pentadbiran terdahulu.

“Saya tidak mahu berada dalam penafian tentang kenapa kita kalah,” katanya.


 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas