Connect with us

Kerajaan Brunei Tangguh Hukuman Mati Dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah

Oh! Politik

Kerajaan Brunei Tangguh Hukuman Mati Dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah

Selepas dikritik hebat dari seluruh dunia yang dapat dilihat dengan jelas datang dari selebriti George Clooney dan Elton John, Sultan Brunei telah membuat keputusan untuk melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang hubungan sejenis.

Untuk pengetahuan korang, pada 3 April lalu, kerajaan Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dengan melakukan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol.

Brunei sebelum ini konsisten mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang terbabit, ia kali pertama diperkenalkan pada 2014 dan dibatalkan secara berperingkat, sejak itu.

Bagaimanapun, dalam tindak balas jarang berlaku kepada kritikan, Sultan Hassanal Bolkiah memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).


“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law’.

“Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” katanya, ketika berucap sempena awal Ramadan, hari ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top