Connect with us

Oh! Media

Kelantan Tarik Semula Saman Ke Atas Royalti Minyak 9 Tahun Lalu

Pelantar minyak bernamajpg

Oh! Negara

Kelantan Tarik Semula Saman Ke Atas Royalti Minyak 9 Tahun Lalu

Kerajaan negeri Kelantan hari ini telah menarik semula tuntutan saman royalti minyak yang difailkan pada sembilan tahun lalu melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi.

Oleh itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmah Bachetelah membatalkan saman berkenaan.

Selepas sembilan tahun kes berlarutan, kerajaan negeri pada 13 Mei lalu menarik balik saman berkenaan yang difailkan terhadap syarikat minyak dan gas nasional itu.

IKLAN

Untuk pengetahuan korang, melalui writ saman difailkan pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Kelantan menuntut PETRONAS membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

Dalam penyataan tuntutan, kerajaan negeri itu juga menuntut bayaran ganti rugi dengan kos, namun tidak menyatakan jumlah spesifik tuntutan terhadap PETRONAS.

Kini, pada Oktober tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dilaporkan berkata pihaknya menarik balik saman itu kerana yakin terhadap ketetapan dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mengagihkan royalti kepada kerajaan negeri.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas