Connect with us

Oh! Media

Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram!

Udejpg

Oh! Artis

Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram!

Sesiapa sahaja yang meninggalkan komen negatif di media sosial, akan dipadam! Ya gais, itu lah yang dikatakan oleh pelakon jelita ini. Baru-baru ini, Izreen Azminda memuatnaik gambar bersama suaminya, Ude Wahid di Instagram, @izreen.azminda.


Menerusi entri tersebut, beliau mengingatkan netizen agar tidak meninggalkan sebarang komen berunsur negatif kerana dia tidak mahu akaun media sosialnya menjadi tempat netizen untuk berkongsi perkara-perkara yang tidak elok.

IKLAN

Nak pesan awal-awal, jangan ada yang dok merepek tau. Jangan cakap benda yang bukan-bukan, benda-benda negatif. Mengata orang tu, mengata orang ni, petik orang tu, petik orang ni. Perli orang tu, perli orang ni. Kalau rasa nak negatif, pergi kat Instagram orang yang memang suka baca benda-benda yang berunsur negatif ni…kat Instagram kami, kami terus padam ya. Tak syok dok tengok bertelagah sesama sendiri. Kami tak mahu benda-benda tak elok tu semua. Beria sangat pun bukannya duit bergolek mari kat ampa pun. Kalau boleh buat duit, kamu pun nak mengata orang kat Instagram. Bila kita cakap baik-baik, yang baik-baik juga datang kepada kita.

Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua, gunakanlah media sosial ini untuk menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain di luar sana. Jangan jadikan sebagai tempat untuk menjadi batu api orang lain dan sebagainya.

OHMEDIA: SPREAD LOVE NOT HATE!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Izreen Azminda di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas