Connect with us

Oh! Media

Hukum Menyakiti Haiwan Korban

Umum

Hukum Menyakiti Haiwan Korban

Soalan:
Apakah hukumnya orang-orang yang ketika hendak sembelih haiwan korban menyakitkan haiwan tersebut seperti dipukul atau ditarik telinganya atau direbahkan dengan kasar atau seumpamanya?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Tidak boleh sama sekali menyakiti haiwan sama ada yang tidak disembelih atau yang hendak disembelih. Perbuatan mengasari haiwan adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah saw telah bersabda:

إن اللهَ كتبَ الإحسانَ على كل شيء، فإذا قتلتم فأحسنوا القِتلة، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة، وليُحدَّ أحدكم شفرته، وليُرح ذبيحته
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik atas segala sesuatu. Maka apabila kamu hendak membunuh maka elokkanlah kelakuan bunuh kamu itu dan apabila kamu hendak menyembelih maka elokkanlah kelakuan sembelih kamu itu. Dan hendaklah kamu tajamkan akan pisau dan hendaklah diberi keselesaan akan haiwan yang hendak disembelih itu.” (Riwayat Muslim)

Dan dari Anas r.a dari Nabi saw sabdanya:

إذا حكمتم فاعدلوا وإذا قلتم فأحسنوا فإن الله محسن يحب المحسنين
“Apabila kamu berhukum maka berhukumlah dengan adil. Apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan elok. Maka sesungguhnya Allah itu suka berbuat baik dan kasih kepada orang yang melakukan kebaikkan.” (Riwayat At-Tabarani)

Telah diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri r.a bahawa beliau berkata:

مر النبي صلى الله عليه وسلم برجل، وهو يجرّ شاة بأذنها، فقال: دع أذنها، وخذ بسالفتها
Telah lalu oleh Nabi saw dekat seorang lelaki yang sedang menarik kambingnya dengan telinganya. Maka sabda Nabi saw: “Jangan tarik telinganya tapi peganglah tengkoknya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berkata Dr Wahbah Zuhaili pada kitab Al-Fiqh Al-Islamy:

الترفق بالبهيمة، فلا يضرب بها الأرض، ولا تجر برجلها إلى المذبح؛ لأنه إلحاق زيادة ألم بها من غير حاجة إليها في التذكية
“(Dan disunatkan) lemah lembut dengan haiwan maka tidak dihempaskannya pada bumi dan tidak ditarik akan kakinya ke tempat sembelih kerana ia akan menjadikan kesakitan pada haiwan tanpa apa hajat pada menyembelih.” (Jilid 4 m.s. 2774)

Berkata Ibnu Rajab pada kitab Jami’ul “ulum Wal Hukmu:

وَالْإِحْسَانُ فِي قَتْلِ مَا يَجُوزُ قَتْلُهُ مِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ إِزْهَاقُ نَفْسِهِ عَلَى أَسْرَعِ الْوُجُوهِ وَأَسْهَلِهَا وَأَوْحَاهَا مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ فِي التَّعْذِيبِ، فَإِنَّهُ إِيلَامٌ لَا حَاجَةَ إِلَيْهِ
“Dan hendaklah berlaku baik ketika membunuh yang diharuskan syarak daripada manusia dan haiwan. Mematikannya dengan bersegera dan cara yang paling mudah dan paling ringan tanpa menambah kesakitan padanya kerana ini semua menyakitkan haiwan yang tidak perlu.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas