Connect with us

Oh! Media

Dengan Widget Petal Search, Memang Mudah Untuk Korang Cari Aplikasi Kegunaan Harian Pada HUAWEI nova 7 Ni!

Branded

Dengan Widget Petal Search, Memang Mudah Untuk Korang Cari Aplikasi Kegunaan Harian Pada HUAWEI nova 7 Ni!

Tak lama lagi HUAWEI nova 7 akan masuk ke pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan Widget Petal Search dan kamera selfie smartphone 5G yang terbaik guys. Korang boleh dapatkan software dan hardware terbaik pada HUAWEI nova 7 ni dengan membuat pra-tempahan pada 7 Julai ni dengan harga RM1,999 jer. Oh ya, dengan pra-tempahan yang dibuat, Huawei siap nak bagi tiga kali ganda ganjaran tau. Korang juga boleh membuat pra-tempahan HUAWEI WIFI AX3 serendah RM299 pada 7 Julai nanti.




Mesti ada antara korang yang dah ada niat nak beli smartphone ataupun tablet dari HUAWEI kan? Dengan adanya widget Petal Search, korang dah boleh install aplikasi dengan cepat dan mudah tanpa ragu-ragu.

Widget Petal Search Jalan Keluar Pengguna HUAWEI nova 7

Kalau korang nak tahu, HUAWEI AppGallery ni merupakan store aplikasi ketiga terbesar dekat dunia yang dah ada 400 juta pengguna aktif bulanan guys. Dah ada banyak aplikasi kegunaan harian yang boleh korang muat turun seperti Maybank2u, Lazada, Whatsapp, Facebook dan banyak lagi.

Lebih-lebih lagi, dengan adanya Widget Petal Search ni, memang mudah jer untuk korang cari aplikasi kegemaran korang tu. Ikut jer langkah dekat bawah ni:

Langkah 1: Tambahkan Widget Petal Search pada home screen.

Langkah 2: Cari, muat turun dan install aplikasi tersebut.

HUAWEI nova 7 ni akan mula dijual di semua kedai pengedar HUAWEI di seluruh negara bermula 10 Julai nanti. Bagi penduduk Pulau Pinang atau yang ada plan nak ke Pulau Pinang, korang boleh parking kereta 5 jam secara percuma dengan aplikasi Penang Smart Parking yang ada di HUAWEI AppGallery. Bukan setakat Widget Petal Search jer, banyak lagi features menarik yang ada pada HUAWEI nova 7 ni guys.

Peluang Menang HUAWEI Freebuds 3

Sebelum kami share secara menyeluruh pasal HUAWEI nova 7 ni, korang juga berpeluang menang HUAWEI FreeBuds 3 tau. Caranya cukup mudah, korang pergi je Facebook HUAWEI lepastu like dan share video promosi HUAWEI nova 7 dalam akaun Facebook korang. Tapi korang kene cepat sebab peraduan ni dah bermula sejak 1 Julai haritu dan akan tamat pada 7 Julai ni.

Semua features yang ada dekat HUAWEI nova 7 ni memang gempak giler!

Smartphone terbaru dari HUAWEI ni didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Space Silver dan Midsummer Purple. Bagi Ohmedia, warna Midsummer Purple dari HUAWEI ni memang stylo giler dari model-model yang dulu lagi. Sejuk mata memandang!

Kamera depan HUAWEI nova 7 ni dilengkapi dengan 32 megapixel yang menyokong AI-Powered Facial Contouring, Super Night Selfie 3.0 dan Circular Flash untuk Selfies. Maknanya, korang nak selfie dalam gelap pun memang takde masalah dengan HUAWEI nova 7 ni guys.

Bukan tu jer, korang juga boleh rakam video menggunakan kamera depan dan belakang dalam masa yang sama dengan fungsi Dual-View ni guys. Kalau pergi bercuti tu, boleh rakam reaksi muka happy korang dan dalam pada masa yang sama rakamkan juga pemandangan yang indah dekat sana, mesti cun giler!

Semua orang pasti nakkan hasil gambar yang cantik dan sharp apatah lagi dengan hanya menggunakan smartphone sendiri, betul tak? Dengan HUAWEI nova 7 ni, korang mesti puas hati sebab gambar yang terhasil memang sharp giler! Bukan tu jer, 8MP telefoto lens dan 20x zoom digital yang ada pada smartphone ni juga boleh dapatkan keindahan matahari terbenam di pantai guys. Untuk ultra wide angle pula dilengkapi dengan 8MP serta 2MP lensa makro.

HUAWEI nova 7 ni didatangkan dengan prestasi 5G yang dikuasakan oleh chipset Kirin 985 5G Soc.

Dengan adanya bateri sebesar 4,000mAh, korang tak perlu risau untuk gunakannya dalam jangka masa yang panjang. Siap ada 40W HUAWEI Supercharge yang mampu kembalikan bateri HUAWEI nova 7 ni sehingga 70% dalam masa setengah jam jer guys.

Korang juga boleh sambungkan HUAWEI nova 7 ni dengan device HUAWEI korang yang lain dengan hanya satu tab jer. Disebabkan permintaan ramai, HUAWEI juga datangkan penyambungan WiFI yang lebih pantas dan cekap iaitu HUAWEI WiFi AX3. Maknanya, dengan hanya tab jer korang boleh sambungkan WiFi tanpa password guys.

Dengan HUAWEI MeeTime pula, korang boleh membuat panggilan video 1080p Full HD tau. Bukan tu jer, siap boleh berkongsi skrin lagi dengan panggilan korang tu. Nak shopping sama-sama pun boleh walaupun berjauhan. Memang gempak!

Korang nak multitasking banyak mana pun takde hal sebab HUAWEI nova 7 ni dilengkapi dengan 8GB RAM. Korang juga boleh menyimpan banyak file, video dan sebagainya dengan 256GB ROM yang tersedia. Untuk pengalaman visual yang sangat baik, smartphone ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.53 inci OLED guys.

Dapatkan tiga kali ganda ganjaran bernilai sehingga RM1,571*

Korang juga berpeluang untuk dapatkan tiga kali ganda ganjaran (bernilai RM1,571*) dengan membuat pra-tempahan HUAWEI nova 7 secara online di HUAWEI Store dengan harga RM1,999 jer pada 7 Julai ni guys mengikut terma & syarat dan sementara stok masih ada. Mesti korang tertanya apa ganjaran yang HUAWEI nak bagi kan? Jom tengok!

  1. Pakej hadiah HUAWEI nova 7 bernilai sehingga RM1,315* (sepasang mini speaker, casing nova 7. Video HUAWEI (Dibawah kategori Dimsum), 15GB cloud storage selama 12 bulan, Member Center Rewards bernilai RM1,000)*.
  2. Powerbank HUAWEI 10,000mAh*
  3. Berpeluang memenangi HUAWEI MateBook 13*

*Tertakluk terma dan syarat. Sementara stok masih ada

Dapatkan HUAWEI nova 7 ni nanti guys!

Tak perlu fikir lagi guys! Kalau korang berminat dengan HUAWEI nova 7 ni, boleh pergi ke online HUAWEI STORE  sekarang dan mereka akan mengingatkan korang apabila HUAWEI nova 7 ni dah mula dijual pada 7 Julai atau pergi ke HUAWEI Experience Store pada 10 Julai nanti apabila ia sudah mula dijual diseluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI nova 7 terbaru ni, korang boleh pergi ke Facebook rasmi HUAWEI ya.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas