Connect with us

Oh! Media

Huawei Lancarkan Tablet Premium Yang Mempunyai Sokongan 5G Pertama Di Malaysia!

Branded

Huawei Lancarkan Tablet Premium Yang Mempunyai Sokongan 5G Pertama Di Malaysia!

Huawei Malaysia telah melancarkan tablet terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad Pro 5G. Kalau korang nak tahu, tablet ini merupakan tablet pertama yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia gais. Bukan tu jer, dekat belakang tablet ni menggunakan leather dan buatkan ia nampak premium dan sangatlah sedap apabila dipegang.




Tablet ini hadir dengan screen-to-ratio paling besar dan bezzel paling nipis didunia dengan skrin sebesar 10.8 inci Full HD. Cip pemprosesan yang dikuasakan pula ialah Kirin 990 5G SoC terbaru yang pasti berikan prestasi terbaik.

Untuk bateri pula, Huawei MatePad Pro 5G ini dilengkapi dengan bateri sebesar 7,250mAh bersama 40W super fast charging dan 27W wireless charging yang membolehkan korang lakukan sesuatu perkara dengan senang tanpa perlu fikirkan bateri. Selain itu, MatePad Pro 5G juga merupakan satu-satunya tablet di dunia yang menyokong reverse wireless charging, maksudnya korang boleh charge smartphones lain tanpa kabel asalkan peranti-peranti itu mempunyai wireless charging.

Huawei MatePad pro 5G membolehkan korang berinterkasi dengan pengguna lain dengan pelbagai features menarik!




Kita akan dapat rasakan gaya hidup AI yang baru dengan EMUI 10.1 dengan Huawei Meetime yang menyokong sehingga 1080p FHD semasa membuat panggilan. Yang paling menariknya, korang boleh screen sharing dengan pengguna lain untuk membincangkan sesuatu perkara dengan hanya tunjuk di skrin jer, mudah giler!

Huawei Share pula membolehkan Multi-Screen Collaboration yang membahagikan skrin. Korang juga boleh kawal smartphone korang melalui tablet untuk buat apa saja. Bukan tu jer, korang juga boleh pindahkan fail dari satu tempat ke satu tempat dengan hanya drag jer gais!

Features Smart Multi Window pula membolehkan korang buka 3 aplikasi secara serentak dengan tablet ini.

Huawei MatePad Pro 5G ni menyokong Huawei M-Pencil yang memudahkan korang untuk menulis dengan ketepatan dan kepekaan yang luar biasa dari Huawei M-Pencil ni. Korang hanya perlu letakkan M-Pencil ni di bahagian atas tablet untuk sambungkannya pada tablet korang secara automatik dengan pengecasan magnet.

Huawei MatePad Pro 5G ini dilengkapi dengan 16:10 IPS panel yang menampilkan 2K QHD 2560×1600 resolusi pada 280ppi pixel density. Teknologi Peningkatan paparan Hauwei ClariVu akan meningkatkan kejelasan gambar dengan lebih ketara.

Untuk pengalaman audio, tablet ini dilengkapi dengan home theatre setup dari Harman Kardon yang merupakan sebuah jenama audio terkenal yang menyokong 6.0 bunyi 3D stereo yang sangat jelas dan semula jadi.

Korang boleh dapatkan Huawei MatePad Pro 5G berwarna Forest Green ni pada harga RM3,299 dengan spesifikasi 8GB RAM dan 256GB storage bermula 26 Jun ini. Pembelian akan bertambah lebih lengkap sebab korang juga akan dapat 50GB Huawei Cloud Storage secara percuma selama 12 bulan dan Huawei Video Akses VIP selama 3 bulan.

Karnival Huawei AppGallery akan berlangsung pada 19 hingga 30 Jun dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah sehingga RM2 juta gais! Sekiranya korang memang bertuah, pasti korang akan bawa balik sebuah daripada tiga Proton X70 dan ataupun salah satu daripada 500 skuter elektrik dengan pembelian Huawei MatePad Pro 5G ni gais.

Boleh tanda siap-siap dekat kalender untuk pergi ke Huawei Store atau Huawei flagship store sama ada di Lazada ataupun di Shopee nanti ye.

Ohmedia memang sangat tertarik dengan design dan keseluruhan features yang ditawarkan. Apa yang menariknya, kita masih boleh dapatkan banyak aplikasi tanpa Google Play gais.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas