Connect with us

Oh! Media

Haiwan Berbisa Melintas Ketika Sedang Solat

Umum

Haiwan Berbisa Melintas Ketika Sedang Solat

SOALAN:
Ketika sedang solat fardhu tiba-tiba melintas binatang berbisa seperti kala jengking atau lipan di depan kita. Apakah harus kita berhenti dari solat atau bagaimana?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Jika seorang sedang solat kemudian datang haiwan yang berbisa yang boleh memudaratkan seperti kala jengking mendekati kita maka harus kita bunuh atau jauhkan dari diri kita.

Dari Abu Hurairah r.a:

أمرَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بقتلِ الأسودَيْنِ في الصَّلاةِ : الحَيَّةُ ، والعَقْرَبُ
“Rasulullah saw membenarkan dibunuh dua haiwan hitam ketika sedang solat iaitu ular dan kala jengking.” [Riwayat Tirmidzi, hasan]

Berkata Imam Syaukani:

أن الحديث يدل على جواز قتل الحية والعقرب فى الصلاة من غير كراهة، وقد ذهب إلى ذلك جمهور العلماء كما قال العراقى
“Bahawasanya hadith ini menunjukkan atas harus membunuh ular dan kala jengking di dalam solat tanpa makruh. Dan sesungguhnya telah berjalan kepadanya oleh jumhur ulama’ sebagaimana kata Al-Iraqi.” (Nailul Authar)

Dan jika haiwan itu tidak membahayakan atau tidak datang kepada orang yang solat, maka tidak perlu dibunuh atau dihalau akan ia, yakni hendaklah dia meneruskan solatnya.

Berkata Qatadah:

إذا لم تتعرض لك فلا تقتلها
“Apabila haiwan itu tidak mendatangi atau tidak membahayakan akan engkau maka tidak perlu engkau bunuh akan ia.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas