Connect with us

Exco Perak Berat Hati Tinggalkan Pejabat, Menangis Turunkan Gambar Sendiri

Oh! Politik

Exco Perak Berat Hati Tinggalkan Pejabat, Menangis Turunkan Gambar Sendiri

Pemilihan Tan Sri Muhyiddin menyebabkan beberapa tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang di diperintah oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini akan mengalami perubahan. Ini termasuk kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.

Namun masih menjadi persoalan apakah pendirian Menteri Besar berkenaan setelah berlaku perlaihan kuasa diperingkat pusat. Namun sehingga kini, Menteri Besar Perak berkenaan masih mendiamkan diri dan menjawab panggilan telefon.

Sumber gambar dari Malay Mail

Oleh yang demikian, menurut sumber dari Awani, tinjauan yang dilakukan dibeberapa pejabat exco mendapati bahawa ada diantara exco sudah mula megemas meja dan barangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Malahan ada diantara exco tidak lagi menggunakan kenderaan rasmi untuk urusan harian.

Ini termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang menyatakan perasaan berat hati meninggalkan pejabatnya walaupun terpaksa berdepan segala kemungkinan untuk tidak menjadi exco selepas ini.

Menurut info dari Awani, Hasnul yang juga ADUN Titi Serong berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan tidak dapat menahan sebak apabila dia terpaksa menurunkan gambarnya sendiri di pejabatnya.

Beliau menambah bahawa, beliau masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat, khususnya rakyat Perak. Katanya, beliau program santai yang dijalankan bersama rakyat menyebabkan beliau dapat lihat apa yang sebenarnya dimahukan oleh rakyat Perak.

OHMEDIA: SEMOGA YB TERUS BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT MESKIPUN NANTI TIDAK LAGI MENJADI SEORANG EXCO.

Sumber: Awani

+ Baca respon pembaca exco Perak berat hati tinggalkan pejabat di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top