Connect with us

Oh! Media

Durian Runtuh Buat Penjawat Awam Selangor

Oh! Negara

Durian Runtuh Buat Penjawat Awam Selangor

Seperti mendapat durian runtuh! Begitulah apa yang boleh dikatakan kepada penjawat awam Negeri Selangor apabila kerajaan negeri mengumumkan bonus sehingga 3 bulan gaji dan juga bakal menerima insentif Mahabbah Selabgor sebanyak RM1000.

ADVERTISEMENT

Semalam, Pejabat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pemberian duit raya kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara yang digelar sebagai Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 dan RM225 untuk pesara kerajaan.

Memetik daripada laporan Utusan Online, kerajaan negeri Selangor memberikan bonus ini berdasarkan indeks petunjuk prestasi (KPI) kerja setiap penjawat awam dan ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta.

Nampaknya, penjawat awam negeri Selangor dapat beraya sakan tahun ini dengan pembayaran bonus yang bakal dibuat pada 7 Jun nanti. Tidak cukup dengan bonus, seramai 19,244 penjawat awam negeri dan 739 kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Selangor juga akan menerima menerima RM1000 yang dipanggil Insentif Mahabbah Selangor.

Imam, bilal dan nazir juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan bonus dari kerajaan negeri apabila mereka juga telah diperuntukkan sebanyak RM4.172 juta.

“Sukacita lagi saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan berjumlah RM4.172 juta untuk imam satu dan dua, bilal satu dan dua, siak satu dan dua serta nazir masjid, yang mana setiap mereka menerima RM400 melibatkan 2,053 masjid.”

“Manakala bagi petugas surau untuk kategori jawatan sama melibatkan 390 surau akan menerima RM300 seorang,” kata Amirudin.

Sumber: utusan Online  

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas