Connect with us

Oh! Media

Didakwa Jadi Tahanan Israel, Kementerian Luar Berusaha Jejak Dr. Nur

Oh! Tidak

Didakwa Jadi Tahanan Israel, Kementerian Luar Berusaha Jejak Dr. Nur

Tular di media sosial baru-baru ini mendakwa Dr. Nur telah ditahan pihak Zionis ketika memberikan rawatan perubatan kepada rakyat Palestin dengan memasuki sempadan kem. Lebih menyanyat hati, beliau juga dikatakan dalam keadaan parah seperti patah tangan dan turut ditembak ketika melawan tentera Zionis itu.

ADVERTISEMENT

Menurut Kementerian Luar (KLN), mereka masih gagal mengesan pegawai perubatan yang berasal dari Malaysia itu oleh kerana tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian  ‘Dr. Nur’ yang dikatakan ditahan pihak Israel.

Beliau berkata, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga tidak dapat mengenalpasti individu yang bernama Dr. Nur yang dikatakan mendaftarkan diri di Palestin untuk memberikan bantuan atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk meminta bantuan.

Menurutnya, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama Dr. Nur yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Pada masa yang sama, kami telah menghubungi pihak-pihak berkuasa di negara ini bagi membantu mengenal pasti identiti Dr. Nur.

Segala maklumat yang dikemukakan orang awam termasuk tangkap skrin hantaran sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

Selain itu, usaha untuk menghubungi dua individu yang berhidmat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempunyai makumat tentang Dr. Nur juga gagal dihubungi.

Berhubung dengan kegagalan ini, Kementeri Luar menyeru kepada pemilik akuan Instagram berna,a @iesya_toh dan @nurhelizahelmi untuk tampil dan memberikan maklumat tentang keberadaan Dr. Nur.

Selain itu, Kementerian juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih berkenaan Dr. Nur agar segera tampil dan mengemukan maklumat menerusi Email [email protected].

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas