Umum

‘Dia Miskin Tapi Kaya Dengan Kejujuran’ – Suami Elaine Daily

Published on

Walau dimana negara sekalipun, pandangan prejudis kita terhdapa warga asing, lebih-lebih dinegara kita tidak dapat dihapuskan. Ohmedia faham, ini kerana sesetengah masyarakat mengambil langkah berwaspada, kerana penglibatan mereka dalam kegiatan jenayah. Namun sedarlah, masih ada juga yang mempunyai sifat terpuji macam cerita d bawah ni.

Kisah seorang pengutip besi warga Rohingya ini membuktikan tanggapan itu salah. Menerusi perkongsian daripada pengacara televisyen, Elaine Daly, di Facebook, lelaki berkenaan telah memulangkan dompet dan telefon bimbit suaminya yang tercicir. Suami kepada Elaine Daly yang dikenali sebagai Dr. Nick Boden turut menceritakan kisah mengharukan itu di Instagram miliknya. Menurut Nick, isterinya telah menghubungi telefon bimbitnya berkali-kali dan telah dijawab oleh seorang lelaki.

Lelaki yang menamakan dirinya sebagai Amin itu kemudiannya menghantar teks meminta Nick untuk kembali ke Petaling Jaya kerana dompet, telefon bimbit serta wang tunai Nick ada bersamanya.

“Dia mungkin miskin, tetapi dia kaya dengan kejujuran,” kata Nick yang bersedia untuk membantu Amin mendapatkan pekerjaan.





Kerana terhutang budi, Nick menawarkan bantuan kepada Amin jika dia memerlukan sebarang bantuan untuk masa akan datang. 

Sumber : New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Exit mobile version