Connect with us

Oh! Media

Demi Bantu Palestin, MB Kedah Jual Kereta Kesayangannya

Umum

Demi Bantu Palestin, MB Kedah Jual Kereta Kesayangannya

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dikatakan sanggup menjual kereta kesayangannya iaitu kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) selain turut menggunakan Hashtag #aid4palestin demi membantu penduduk Palestin yang ketika ini sedang diserang oleh rejim zionis Isr@el.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantarannya di laman Facebook hari ini, Muhammad Sanusi telah menawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000, kurang 5,000 dari harga asal yang dibelinya pada 2018 iaitu RM 60,000.

Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini, tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

Sejak beli, saya membuat pembaikan, tukar alat ganti yang kurang elok dengan yang baharu, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tetapi tidaklah 100 peratus macam baharu.

Kondisi kereta tip-top, tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi jika bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat bawa pergi baiki.

Beliau turut berkata dalam hantarannya, jika sesiapa yang berminat untuk membeli kereta tersebut, boleh terus menghubungi beliau di laman Facebook bernama Muhammad Sanusi Md Nor.

Bidaan itu akan dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada jam 3 petang Selasa ini.

Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini dan mereka boleh membayar terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333).

Setakat ini, terdapat lebih dari 100 orang maut dalam konflik Israhell dan Palestin sejak Empat hari lalu termasuk 27 kanak-kanak dan 580 orang lagi cedera seperti yang disahkan oleh Menteri Kesihatan Palestin di Gaza.

Marilah kita bersama-sama membantu ‘kawan’ kita di Palestin. Semoga kemenangan berpihak kepada mereka.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas