Connect with us

Oh! Media

Sunway Pyramid

Branded

Dah Bosan Berbuka Di Rumah, Ini 6 Sebab Kenapa Korang Patut Datang Ke Sunway Pyramid!

Bila ingat balik suasana bulan puasa beberapa tahun lepas, alahai sayunya. Semua orang terpaksa duduk di rumah, tiada bazar Ramadan dan solat Tarawih berjemaah. 

Namun, pada tahun ni, kerajaan telah membuat keputusan untuk melonggarkan beberapa SOP memandangkan rata-rata penduduk tempatan telah pun mendapat vaksinasi. Antara perkara yang dibenarkan adalah, kedai beroperasi 24 jam, tiada penjarakan untuk solat dan banyak lagi.

Jadi untuk bulan puasa tahun ni, memandangkan kita dah boleh buka puasa, kami nak share dengan korang, 6 sebab kenapa korang perlu datang ke Sunway Pyramid untuk berbuka puasa. 

1. Pelbagai Menu Daripada Serata Dunia

Sebut saja pasal makan, pasti ramai antara kita yang susah nak buat pilihan sebab masing-masing mempunyai makanan yang diidamkan. Maklumlah, Malaysia ni kan kaya dengan makanan daripada berbilang bangsa.

Kini korang tak perlu sakit kepala fikir nak makan dekat mana sebab di Sunway Pyramid ada macam-macam jenis restoran daripada Arab sampailah Indonesia. Wow!

Untuk korang yang menggemari makanan daripada Timur Tengah, korang boleh cuba berbuka puasa di Dar Al-Arab yang mana restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan seperti Tajin Lamb, Fajitas Chicken, Monazala Batinjan, Kibbeth Labania dan banyak lagi. Menariknya!

Bukan itu saja, kalau korang tak berkesempatan untuk terbang ke Indonesia untuk merasai sendiri sajian mereka, korang boleh cuba Ole Ole Bali. 

Di restoran ini, mereka menyediakan sajian menggunakan bahan-bahan yang segar serta rempah-rempah aromatik untuk mengekspresikan keaslian makanan Bali. 

Antara menu yang korang patut cuba di sini adalah Cumi Metumis, Iga Mempanggang, Tipat Cantuk dan banyak lagi. Menariknya, saiz hidangan untuk setiap makanan ni sangat besar dan puas untuk dimakan tau! Bestnya!

Selain itu, kalau tekak korang rasa kempunan nak makan masakan daripada negara Asia, korang patut datang ke Dolly Dim Sum sebab ia menawarkan makanan yang unik merangkumi kualiti bahan-bahan, perkhidmatan serta suasana tempat makan yang kondusif.

Antara hidangan yang korang wajib rasa bila datang ke sini adalah ladu udang Har Gao klasik, ladu ayam dan udang Siew Mai, nasi gulung kukus Cheung Fun, roti kastard telur, ladu gaya Szechuan dan banyak lagi. 

Haa, senang cerita, dekat Sunway Pyramid ni ada pelbagai jenis restoran yang korang boleh cuba dan semuanya sedap-sedap belaka tau! 

2. Kemudahan Yang Lengkap Untuk Kanak-kanak

Kalau korang bawa anak-anak datang ke Sunway Pyramid, mesti korang takut tak ada tempat yang sesuai untuk menguruskan hal anak-anak betul tak? 

Di Sunway Pyramid, ia mempunyai kelengkapan khas untuk kanak-kanak seperti bilik bayi dan tandas kanak-kanak bagi memudahkan urusan ibu bapa.

Paling penting, pihak Sunway Pyramid akan membersihkan bilik yang disediakan dan akan melakukan sanitasi kerap tau. Haa, memang confirm bersih dan selamat untuk digunakan. 

Selain itu, untuk meningkatkan tahap kebersihan, bilik tersebut juga disembur dengan Nano Coating Technology daripada SmartCoat bagi tujuan untuk membasmi kuman dan virus. 

3. Ruang Legar Dekorasi Raya

Disebabkan hari Raya semakin dekat, Sunway Pyramid nak bawa korang rasai vibes sambutan Raya dengan tema Riuh Ria Raya. 

Menerusi tema ini, bahagian LG2 Orange Concourse telah dihiasi dengan hiasan yang dapat menggamit kenangan melalui adegan tradisional balik kampung. Haa, hiasan ini bertujuan untuk memberi korang semangat untuk melakukan persiapan perayaan tau!

Di sini, terdapat sebuah rumah kampung yang terletak di tengah-tengah ruang legar dan dihiasi dengan rona merah jambu, biru, kuning dan turquoise yang dapat menaikkan keterujaan dalam menyambut musim perayaan. 

Menariknya, Sunway Pyramid juga telah bekerjasama dengan artis grafiti terkenal, Abdulrashade, dalam menghasilkan hiasan dalaman dengan mempamerkan mural bunga orkid mekar sebagai reka bentuk utama. Wow!

Haa, dah sampai sana nanti, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak dan muat naik di media sosial korang tau!

4. Jualan Raya

Bila dah masuk musim perayaan ni, tak lengkaplah sesebuah pusat beli-belah tu kalau tak ada promosi jualan betul tak?

Macam yang korang tau, dekat Sunway Pyramid ni ada pelbagai jenis kedai, daripada makanan hingga barang keperluan. Haa, banyaklah promosi yang korang boleh dapat nanti! 

Antara promosi daripada jenama terkenal yang korang boleh nikmati adalah seperti Universal Traveller, Popular, A-Look, al-ikhsan, Swarovski dan banyak lagi. Wow!

Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ni di Sunway Pyramid. Klik DI SINI untuk nikmati bermacam jenis tawaran hebat di Sunway Pyramid!

5. Tebus Barangan Sempena Hari Raya

Selain daripada promosi jualan sempena sambutan hari Raya, korang juga dapat menikmati penebusan barangan di Sunway Pyramid tau!

Antara barangan yang korang boleh tebus adalah sampul duit raya yang dihasilkan oleh Abdulrashade sendiri dengan hanya berbelanja minimum RM250 dalam dua resit daripada Sunway Pyramid(RM150 untuk pemegang kad kredit HSBC).

Selain itu, korang juga akan dapat e-Baucar Sunway eMall berjumlah RM50 dengan perbelanjaan sebanyak RM500 hingga RM799(RM400 hingga RM699 untuk pemegang kad kredit HSBC) tau. Menarik!

Manakala, untuk korang yang berbelanja melebihi RM800(RM700 untuk pemegang kad kredit HSBC), korang boleh tebus 2-Tier Carrier edisi terhad daripada syarikat Tiffin. 

Wah, macam banyak je korang boleh tebus dekat Sunway Pyramid. Tunggu apa lagi, jom lah datang sekarang. 

6. Ketupat & Dodol Percuma

Memahami keadaan pelanggan apabila nak berbuka puasa, kumpulan Customer Care hadir untuk memberikan dodol secara percuma kepada korang yang akan berbuka puasa di Sunway Pyramid. 

Ya lah, mungkin ada sesetengah orang tak sempat nak membuat tempahan tempat di restoran untuk berbuka puasa. Jadi, sementara menunggu giliran, korang boleh lah menjamah dulu dodol tersebut.

Manakala, untuk bila tiba hari Raya pula, mereka akan beri ketupat DIY khas buat korang tau! Kalau korang nak tahu macam mana rupa ketupat DIY ni, korang wajib datang sini waktu hari Raya.

Ramadan & Raya Lebih Seronok Dengan Sunway Pyramid

Wah, banyak juga tempat yang menarik dekat Sunway Pyramid ni! Tapi, mesti ada antara korang yang risau tentang penularan virus Covid-19 di dalam pusat beli-belah ini.

Untuk pengetahuan, pihak Sunway Pyramid akan menjalankan sanitasi daripada bahagian Surau hingga ke taman permainan kanak-kanak serta touchpoint pada mesin ATM dan lain-lain lagi tau. 

Selain itu, untuk memudahkan korang merancang aktiviti ketika berada di sini, Sunway Pyramid menyediakan aplikasi mereka tersendiri iaitu Sunway Pyramid App.

Antara ciri yang terkandung dalam aplikasi ini ialah kemudahan menempah kereta sorong bayi dan kerusi roda, peta laluan bagi memudahkan perjalanan di dalam Sunway Pyramid, navigasi dalaman dan sekitar pusat beli belah serta Smart Parking. 

Bukan itu saja, kalau korang yang susah nak buat keputusan untuk makan di restoran, aplikasi ini ada Makan Wheel yang dapat membantu korang untuk pilihkan tempat makan secara rawak. 

Selain itu, ciri lain yang ada di aplikasi ini adalah korang boleh semak tawaran untuk berbuka puasa serta promosi untuk sambutan Hari Raya. 

Jadi, tunggu apa lagi, apa kata korang serbu Sunway Pyramid sekarang dan nikmati macam-macam jenis tawaran hebat yang diadakan di sana. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sunway Pyramid atau ikuti sosial media rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas