Connect with us

Oh! Media

Butter Terbaik Datang Daripada Lembu Yang Bahagia? Ini 5 Sebab Yang Korang Wajib Tahu!

Lembu Bahagia

Branded

Butter Terbaik Datang Daripada Lembu Yang Bahagia? Ini 5 Sebab Yang Korang Wajib Tahu!

Pernah dengar tak ayat ‘susu yang sedap datang dari lembu yang bahagia’? Haa, perkara ni memang betul tau sebab kalau korang minum atau makan produk tenusu terutama daripada New Zealand, semuanya sedap belaka!

Untuk pengetahuan korang, lembu-lembu dekat New Zealand ni adalah antara lembu yang paling bahagia di dunia tau! Biar betul? 

Macam mana lembu-lembu dekat sana boleh bahagia menghasilkan susu, ini 5 sebab yang korang perlu tahu.

1. Iklim Sederhana Di New Zealand

Kalau korang nak tau, negara New Zealand ni mempunyai iklim yang sederhana. Iklim ni memberi kelebihan kepada tanah untuk menjadi lebih subur kerana mendapat taburan hujan yang banyak serta cahaya matahari yang mencukupi. 

Sebab tu kalau korang tengok rumput ternakan atau padang ragut di sana sejuk je mata memandang dengan kehijauannya. Lembu pun happy dan berselera nak meragut rumput.

2. Rumput Yang Dimakan Lebih Subur & Bernutrisi

Kalau rumput pun subur, pastinya sumber makanan lembu ni mempunyai nutrisi yang tinggi. Jadi sebab itulah, susu yang dihasilkan lembu di New Zealand ni kaya dengan lemak omega-3, beta-karoten dan CLA, sejenis asid lemak berfaedah yang digelar sebagai asid linoleik terkonjugasi. Menarik!

Hasil daripada nutrisi harian yang lembu di New Zealand ini dapat, ia membolehkan mereka untuk menghasilkan lebih banyak susu yang berkualiti dan sedap!

3. Bebas Daripada Makhluk Perosak & Penyakit Haiwan

Selain daripada rumput yang segar, lembu-lembu di New Zealand ni bahagia sebab mereka bebas daripada makhluk perosak dan penyakit haiwan tau. Tapi, macam mana?

Salah satunya adalah usaha New Zealand dalam mengekalkan senarai hampir 15,000 tumbuhan dan haiwan daripada perosak serta penyakit marin yang tidak diingini daripada memasuki negara itu. 

Antaranya kawalan ketat dalam sistem biosekuriti, menghalang masyarakat daripada bergerak bebas di seluruh negara dan banyak lagi.

Kawalan ini penting kerana makhluk perosak boleh menyebabkan kerugian kepada ekonomi, merosakkan alam sekitar dan cara kehidupan warga New Zealand. 

Sebab itulah, bukan lembu je happy tinggal di New Zealand, masyarakatnya juga sama kerana mereka bebas daripada serangan makhluk perosak dan penyakit haiwan yang lain.

4. Lembu New Zealand Bebas Bergerak Tanpa Dikurung

Kalau korang biasa tengok lembu-lembu tempatan, selalunya mereka diberi makan dan dipelihara di dalam kandang betul tak?

Tapi, berbeza dengan negara New Zealand, lembu-lembu di sana bebas untuk makan rumput di kawasan padang ragut yang luas kerana rumput yang dihasilkan lebih subur dan berkhasiat.

Penternak lembu juga yakin, lembu-lembu mereka mendapat nutrisi lengkap dengan meragut rumput yang bernutrisi.

5. Udara Persekitaran Yang Bersih

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), New Zealand mempunyai udara yang paling bersih dan selamat dekat planet ni tau. Wow!

Menariknya, data tersebut diperoleh hasil daripada perbandingan dengan lebih 100 buah negara dan New Zealand adalah antara yang tertinggi dalam keputusan terbaik. 

Haa, patutlah lembu-lembu dekat sana semua sihat dan happy je, yang menjadi rahsia lembu-lembu New Zealand menghasilkan susu yang sedap dan berkualiti! 

Produk Tenusu Yang Terbaik Daripada New Zealand

Haa, sekarang korang dah tahu kan, macam mana lembu di New Zealand dapat menghasilkan produk tenusu berkualiti dan sedap. Kalau korang nak tahu, salah satu produk tenusu yang terhasil dari lembu yang bahagia di New Zealand ialah Anchor. 

Anchor ni merupakan jenama butter terkenal yang orang selalu guna untuk baking dan kulinari tau. Memang dijamin sedap dan berkualiti. 

Selain butter, Anchor juga ada produk lain seperti keju cheddar dan mozarella dalam bentuk blok, cincangan atau hirisan. Fuhh, kalau gabungkan semua dalam satu makanan ni, confirm terangkat!

Sebab butter Anchor sangat enak ia sering menjadi pilihan ramai untuk digunakan semasa memasak, membuat kuih atau nak makan macam tu je sapu pada roti pon boleh. 

Memandangkan raya pun nak dekat, korang takde ke cadangan nak buat biskut, kuih atau kek raya? Kalau ada, pastikan korang pilih butter jenama Anchor ni tau. Korang boleh rasai sendiri keharuman serta kelazatan hidangan menggunakan Anchor. Cuba, jangan tak cuba tau! 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Anchor Butter, layari laman web rasmi Anchor Butter atau ikuti media sosial rasmi Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas