Connect with us

Oh! Media

Berkat Selamatkan Bapa Dari Rentung, Pelajar UTeM Terima Anugerah TUAH

Ohmedia2bselamatkan2bbapapng

Oh! Lifestyle

Berkat Selamatkan Bapa Dari Rentung, Pelajar UTeM Terima Anugerah TUAH

Ohmedia petang ni tertarik dengan kisah kejayaan seorang pelajar dari UTeM yang telah menjadi penerima sulung bagi Anugerah Khas TUAH sempena Majlis Konvokesyen Ke-15 di Durian Tunggal.

Kisah kejayaan Amirul Zarith Zamri dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan ini menarik perhatian netizen apabila sebelum ini telah ditimpa musibah apabila rumah mereka di Kampung Jengka Batu 13, Maran Pahang telah terbakar. Tidakan nekad Amirul menyelamatkan bapanya yang lumpuh daripada rentung ternyata mendapat  balasan.

Amirul turut berkongsi semasa kejadian apabila dia terdengar jeritan ibunya ketika sedang berada di dalam bilik air. Ibunya RahimahIdrus menjerit kerana melihat asap yang banyak datang dari bahagian tengah rumah.

IKLAN

Melihat keadaan itu, Amirul bergegas mencari dan mengendong bapanya yang berkerusi roda kerana mengidap angin ahmar sejak setahun lalu.

Beberapa minit selepas itu, api terus marak, menyebabkan keseluruhan rumah kami terbakar dan tidak dapat diselamatkan. – Memetik dari temubual Berita Harian.

Berjaya macam manapun kita di dunia ini, ingatlah yang tanpa ibu dan bapa, tak mungkin kita dapat berjalan hari ini. Apa pula kisah korang?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas