Connect with us

Oh! Media

Takut Tak Halal? Anak-Anak Di Mekah Pun Disuntik Vaksin!

Branded

Takut Tak Halal? Anak-Anak Di Mekah Pun Disuntik Vaksin!

Kredit Foto: Facebook Dr Piprim Basarah Yanuarso

Ohmedia pelik betul bila mengenangkan ada segelintir ibu-bapa zaman sekarang bukan main lantang lagi menolak suntikan imunisasi untuk anak mereka atas pelbagai alasan yang kebanyakannya diambil dari hasil carian Google semata-mata. Agaknya lah kan, yang tolak imunisasi tu kat tangan mereka ada parut BCG tak? Kalau ada memang sah kejam.. Kenapa?

Setelah ibu bapa mereka dulu telah izinkan mereka dicucuk demi kesihatan kini mereka menolak hak sama untuk anak mereka.

Antara point yang popular diutarakan golongan antivaks adalah mengaitkannya dengan agama termasuk kandungan vaksin yang diragukan halalnya walhal fatwa dah keluar sekaligus menolak hujah mereka ini. Ada yang tetap berdegil menyarankan pemakanan sunnah dan amalan tahnik semata-mata sebagai pengganti vaksin.

Ada juga yang terlalu bimbang ini satu lagi agenda Yahudi untuk melemahkan generasi muda umat Islam! Jika ini yang menjadi pegangan, mereka patut tahu bahawa Israel sendiri menarik balik subsidi anak yang diberikan kepada ibu bapa yang menolak vaksin.

Bukan itu sahaja, Pengarah Besar Kementerian Kesihatan Makkah, Dr Muhammad Jalal Aasy sendiri pernah mengumumkan betapa seriusnya program imunisasi dijalankan di Arab Saudi termasuk ke atas penduduk kota paling suci buat umat Islam.

Dr Muhammad Jalal menyatakan, Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang mewajibkan kanak-kanak diberikan vaksin bagi mencegah beberapa penyakit berbahaya iaitu batuk kering, hepatitis, tetanus, batuk kokol, difteria, campak dan beguk dalam tempoh setahun selepas lahir.

Apakah negara sebesar Arab Saudi tak mampu menghidu agenda Yahudi atau penduduk Makkah termasuk alim ulama di sana sanggup membiarkan diri mereka dan keluarga disuntik sesuatu yang tidak halal? Fikir-fikirkanlah.

Sumber: http://www.arabmedicare.com/saudi_children.htm

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas