Connect with us

Oh! Media

Akui Tidak Dapat Mengawal Emosi – Datuk Seri Najib Mohon Maaf

Image2b252812529jpg

Oh! Negara

Akui Tidak Dapat Mengawal Emosi – Datuk Seri Najib Mohon Maaf

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang dihimpit dan ditekan dengan pelbagai masalah berhubung siasatan terhadap isteri, Datin Seri Rosmah dan dirinya.

Berikutan dengan itu, Datuk Seri Najib memohon maaf kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila gagal mengawal emosinya ketika sedang disoal jawab bersama Al-Jazeera

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedang memikirkan keadaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman dan Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu yang sama.

IKLAN

Menurutnya, meskipun wawancara itu melangkaui jadual dan skop dipersetujui namun Najib menegaskan beliau gembira dapat menjawab soalan-soalan tambahan yang diajukan.

“Topik yang saya telah nafikan penglibatan saya berulang kali sepanjang dekad lalu, satu pembunuhan yang telah melalui banyak pendengaran mahkamah.

“Dua minggu lalu, saya telah minta pembantu saya untuk membuat laporan kepada polis agar menyiasatnya semula untuk membersihkan nama saya.

“Saya harap Al-Jazeera mengambil kira perkara ini dan tidak lagi melibatkan nama saya terhadap kehilangan tragik seorang ibu muda.

Tambah Najib, kebimbangan memikirkan nasib keluarganya ditambah pula dengan soalan berkaitan topik berkenaan menyebabkan beliau gagal mengawal perasaan untuk seketika.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas