Connect with us

Oh! Media

8 Cara Mudah Untuk Memikat Perempuan

Branded

8 Cara Mudah Untuk Memikat Perempuan

Kalau diri masih single “no love for me“, patut kena tengok balik kat mana silapnya. Perempuan ramai tapi tak akan satu pun tak melekat dengan kita? Mungkin ada antara 8 cara mudah ni yang anda belum cuba lagi.

1. Jaga Penampilan Diri

Sebelum nak bermula dengan yang lain, ini faktor paling penting untuk dititik-beratkan. Tak kisahlah muka handsome atau tak, itu semua belakang cerita. Apa yang penting penampilan diri tu kena mantap. Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif. Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa. Deodorant jangan lupa pakai sebab selagi belum jadi suami, perempuan benci bau ketiak lelaki. Hahaha! Kalau pergi dating, jangan la pakai baju pagoda, seluar pendek, dan berselipar jepun pulak!

2. Jadi diri sendiri

Nak pikat perempuan, jadilah diri sendiri tak perlu jadi orang lain. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho, buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Hello, awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan yakinlah si dia akan terima anda seadanya.

3. Pandai berkomunikasi

Komunikasi yang lancar memang tak dinafikan dapat mempengaruhi sesebuah hubungan. Sekiranya anda dapat berkomunikasi dengan baik dengan awek yang anda nak ‘tackle’, gerenti dia akan cair meleleh-leleh dengan anda. Bila berkomunikasi, jangan ada part yang tiba-tiba senyap. Cubalah cari apa-apa topik untuk dibualkan. Sebab tu kalau keluar dengan perempuan, pergi tengok movie dulu baru pergi makan. Nanti masa berbual kalau dah tak tahu nak berbual apa pun, boleh ajak dia borak pasal movie yang anda baru tengok dengan dia tadi. Jangan abaikan part ni sebab bila perempuan dah cop anda membosankan, maka habis bro!

4. Jangan jadi “Haji Bakhil”

Bukanlah bermaksud setiap kali keluar kita kena bayar semua untuk dia, kena belikan itu ini yang macam-macam. Kalau perempuan jenis mintak ini itu suruh anda bayar, itu perempuan yang patut untuk dijauhi. Tapi, kalau setakat keluar makan atau dia nak makan aiskrim, bayarkanlah untuk dia. Anggap je bersedekah. Tak semestinya kena jadi isteri dulu baru nak jadi tak kedekut. Itu pun belum tentu dah kahwin tak kedekut dengan bini kalau dah memang jenis kedekut Haji Bakhil. Bila hari istimewa dia macam hari jadi ke, bawa dia makan tempat best-best sikit dan kalau ada bajet lebih, siap buat surprise party untuk dia. Gerenti dia cair meleleh-leleh dengan anda.

5. Jejaka yang periang

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana agaknya? Senang je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan yakinlah dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Tentulah dia rasa tak selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi. Buat malu je nanti. Haha!

6. Bersifat prihatin & Ambil Berat

Cuba untuk jadi pendengar juga yang setia. Berikan pandangan yang bernas-bernas tunjuk anda betul-betul caring pasal dia. Perempuan memang suka lelaki yang “take care” pasal dia. Tapi AWAS jangan “over take care” tiap 5 minit SMS, tiap 30 minit call. Haha. Cukuplah sekadar prihatin tentang hidup dia. Contoh paling mudah bila dia mengadu dia sakit, bawa dia jumpa doktor atau belikan ubat serta beri kata-kata positif agar dia cepat sembuh.

7. Jangan jadi lelaki kuat control

Selagi perempuan tu belum jadi isteri yang sah, jangan nak lebih-lebih control hidup dia. Dah jadi hak yang mutlak nanti barulah betul anda ada hak untuk kawal hidup dia. Perempuan ni cukup pantang pasal ni. Dia benci sangat dengan lelaki yang kongkong hidup dia. Memang bukan semua, tapi majoritinya macam tu lah. Dia nak pergi mana, nak keluar dengan member-member ke apa, biarkan dia buat apa yang dia suka. Bagilah dia ruang untuk dia jadi dirinya sendiri. Ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

8. Atasinya dengan fikiran jelas.




Tak perlu nak pening kepala cari ayat manis segala sebab perempuan zaman sekarang ni dah tak makan dah dengan ayat-ayat manis ni. Tapi cuba fikirkan tentang apa yang perempuan tu suka. Kalau ada lelaki setampan Salman Khan pun yang nak mengorat dia, kalau anda pandai meneliti apa perkara yang boleh terus menyentuh tepat ke hatinya, maka peluang lebih cerah untuk anda. Itu dinamakan atasi setiap perkara dengan fikiran yang jelas!

Selamat mencuba dan selamat berjumpa dengan bidadari anda!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas