Bantahan mingguan yang sering dilakukan di kawasan sempadan Gaza kali ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang ditembak oleh anggota tentera Israel.
Perkara ini disahkan oleh pegawai perubatan Palestin, “Seramai 20 orang cedera disebabkan tembakan peluru hidup oleh anggota tentera Israel,” menurut Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.
Tentera Israel mendakwa seramai 11,000 penunjuk perasaan berhimpun di beberapa lokasi di sempadan Gaza dan bertindak membaling batu ke arah anggota-anggota keselamatan mereka selain menggunakan beberapa peranti letupan dan bom tangan.
“Anggota tentera kami bertindak balas untuk mengusir kumpulan itu dan menembak mengikut syarat-syarat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP),” menurut jurucakap Tentera Israel kepada agensi berita AFP.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.