Connect with us

Oh! Media

120 Laman Web Israel Digodam, Pengodam Malaysia, Indonesia lancar #OpsBedil

Umum

120 Laman Web Israel Digodam, Pengodam Malaysia, Indonesia lancar #OpsBedil

Baru-baru ini kita disaksikan dengan kekejaman melakukan serangan terhadap Palestine sekaligus mengwujudkan konflik diantara Palestin dengan rejim zionis Israel. Kematian beratus rakyat Palestin menyebabkan ribuan orang mengecam tindakan itu dan meninggalkan komen di laman Facebook milik Israel bernama Israel Defence Force (IDF).

ADVERTISEMENT

Terbaru, sekumpulan penggodam dari Malaysia dan Indonesia telah bersatu dan melancarkan aktiviti godaman yang diberi nama #OpsBedil ke atas pangkalan data akaun media sosial milik Israel sejak malam tadi.

Tindakan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti terhadap terhadap Palestin yang diserang oleh rejim zionis Israel selain turut menyeru supaya menghentikan serangan terhadap Palestin.

Sekumpulan Pengodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia, Anon Ghost dan lain-lain telah mendakwa mereka sudah pun menggodam lebih dari 120 laman web dan pangkala data Israel sejak malam tadi.

Hantaran daripada Dragon Force Malaysia di Facebook yang memuat naik pangkala data milik Israel

Bukan itu sahaja, mereka juga telah berjaya mengodam 4 juta data peribadi pengguna Facebook rakyat Israel seperti nama, alamat, nombor Telefon dan ID Facebook.

Menerusi hantaran di laman Facebook Dragon Force Malaysia mereka telah memuat naik laman web Israel yang berjaya digodam, Namun tidak lama kemudian, hantaran tersebut telah diturunkan Oleh Facebook.

Pihak Dragon Force Malaysia telah memaklumkan bahawa ‘posting’ mereka telah diturunkan oleh Facebook

Bagaimanapun, terdapat beberapa laman web berjaya digodam oleh Dragon Force Malaysia namun tidak dipamerkan kepada umum.

Sementara itu, Penggodam dari Indonesia yang telah berjaya menggodam laman web milik Israel selain turut meninggalkan amaran kepada mereka agar menghentikan serangan di Palestin di laman web tersebut.

Hello dunia, hello Kerajaan Israel. Kami mewakili semua rakyat Indonesia. Kami mengingatkan kamu, tindakan kamu terhadap saudara kami di Palestin amatlah keterlaluan. Kamu sudah menyinggung perasaan kami semua, terutamanya dunia Islam.

Di mana perikemanusiaan kamu? Kami mahu kamu menamatkan serangan dan pembunuhan besar-besaran di Palestin. Sekiranya tidak, kami akan meneruskan langkah menggodam laman web negara kamu secara besar-besaran.

Sejak kelmarin, puluhan ribu pengguna media sosial di Malaysia telah menzahirkan perasaan tidak puas hati di ruangan komen milik media sosial Israel seperti Twitter dan Facebook selain turut menyebarkan risalah dan poster dengan hashtag #shameonIsrael #Israelkoyak di akaun pemimpin dan selebriti Israel bagi menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas