Connect with us

Oh! Media

Zul Ariffin Berangkat ke Makkah 10 Jun, Bakal Tunai Ibadah haji

zul ariffin

Oh! Artis

Zul Ariffin Berangkat ke Makkah 10 Jun, Bakal Tunai Ibadah haji

Pelakon Zul Ariffin memaklumkan dia rasa bersyukur kerana pada bulan Jun ini dia bakal menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

ADVERTISEMENT

Pelakon yang berusia 37 tahun itu berkata, dia sepatutnya berangkat lebih awal ke Tanah Suci Makkah tetapi terpaksa mengubah tarikh kerana terikat dengan komitmen penggambaran.

Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak.

Zul Ariffin

Zul berkongsi tentang perkara itu ketika ditemui pada malam Isnin di lawatan media filem Syerif di Lapangan Terbang Lama, Pengkalan TUDM.

Malah, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin ada menerima tawaran untuk menunaikan haji tetapi dia tidak pasti sekiranya ia adalh melalui cara VIP atau sebaliknya.

Tambahan, dia berpendapat tawaran tersebut adalah durian runtuh memandangkan perancangan dia sebelum ini untuk berpuasa dan beraya di sana tidak tercapai.

Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.

Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki.

zul ariffin

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai perubahan selepas pulang mennaikan haji, Zul berkata dia hanya mengharapkan yang terbaik sahaja.

Insya Allah, doakan. Cuma saya tak tahu kan dah tiba-tiba dapat rezeki.

Zul akui dia juga bimbang dengan dugaan yang bakal dihadipinya di Makkah antaranya cuaca yang agak panas dan orang ramai.

Sementara itu, Zul juga berkata dia terpaksa menunda beberapa projek bagi memberi ruang untuk menunaikan ibadah haji pada kali ini.

Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.

Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.

Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisen ini kita lalui pula dengan musim panas.

BACA: Tiada Niat Nak Sindir, Zul Ariffin Buka Mulut Isu ‘Makan Cili’

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas