Dan menjadi lumrah untuk para pelajar didenda cikgu-cikgu di zaman sekolah dulu. Pada kita, denda itulah yang bantu mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih berguna, betul tak?
Guru simbah air murid tidur dalam kelas
Tular di TikTok satu video memaparkan seorang murid yang sedang lena tidur sewaktu pembelajaran di dalam kelas.
Pelajar tersebut kemudiannya tersedar dari tidur lena selepas disimbah air oleh gurunya.
Tindakan guru yang menyimbah air pada murid yang sedang tidur itu telah menyebabkan ramai netizen mengecam tindakan tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan.
Netizen kecam tindakan guru
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan guru tersebut dan menasihatinya untuk menggunakan cara yang lebih efektif mengikut peredaran zaman.
Betul juga apa dikatakan netizen tu. Tak boleh lah nak samakan cara mengajar dulu dengan sekarang sebab lain cara penerimaan setiap generasi tu.