Connect with us

Oh! Media

Zain Saidin Akhirnya Bersuara Isu Hutang RM1 Juta Rozita Che Wan

Zain Saidin

Trending

Zain Saidin Akhirnya Bersuara Isu Hutang RM1 Juta Rozita Che Wan

Pelakon, Zain Saidin akhirnya bersuara selepas ramai netizen yang komen isu hutang isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai hampir RM1 juta.

Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya.

Menurut laporan Kosmo, Zain berkata yang dia berniaga di TikTok adalah salah satu inisiatif yang diambil mereka untuk menyelesaikan kemelut tersebut. 

IKLAN

Siapa yang beli minyak wangi ini, itu rezeki saya. Kami jual benda yang baik.

“Kami usaha, bukan relaks!” – Zain Saidin

che ta

Zain juga menegaskan bahawa pihaknya tidak berdiam diri dalam menangani isu ini. Malah, mereka sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun tidak mendedahkan segala usaha itu kepada umum.

Bukan relaks dan anggap tiada hal. Apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan, jadi biasalah.

Isu gaya hidup mewah Che Ta

Kritikan terhadap gaya hidup mewah yang sering dipamerkan oleh Che Ta turut dijawab Zain dengan nada tegas. Baginya, pakaian cantik dan percutian bukanlah sesuatu yang patut diperbesarkan.

Kami bukan tunjuk mewah. Adakah memakai baju raya cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?

Sebelum ini, rumah Che Ta di Kota Damansara diserbu oleh pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan sebagai sebahagian daripada proses undang-undang. 

Pinjaman sebanyak hampir RM1 juta itu dikatakan belum dilunaskan, menyebabkan isu ini terus hangat diperkatakan.

#OhmediaNasihat

Rezeki itu datang dengan usaha, dan setiap cabaran memerlukan penyelesaian yang bijak. Walaupun ada tekanan dari luar, penting untuk kita berfokus pada langkah-langkah positif untuk mengatasi masalah. Dalam hidup, jangan mudah menghakimi kerana kita tidak tahu kisah di sebalik perjuangan orang lain.

Zain Saidin

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas