Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Luluh Terima Berita Pemergian Bung Moktar, Luah Rasa Kehilangan Sahabat Sejati

Ohmedia  Megat

Trending

Zahid Hamidi Luluh Terima Berita Pemergian Bung Moktar, Luah Rasa Kehilangan Sahabat Sejati

Zahid Hamidi luah rasa kehilangan, Bung Moktar dianggap rakan sejati.

Awal pagi hari ini, negara dikejutkan dengan pemergian tokoh politik terkenal, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan emosi mendalam kepada rakan seperjuangan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bung Moktar rakan setia, selalu menemani

Bung Moktar

Dalam hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa luluh hati menerima berita kehilangan insan yang sangat dekat di hatinya.

IKLAN

Menurut Zahid, Allahyarham seorang sahabat setia yang sentiasa berada di sisi dalam setiap waktu senang dan susah.

Zahid mengakui sukar mencari kata-kata untuk menggambarkan rasa kehilangan besar ini.

Yang tinggal hanyalah doa dan kenangan perjuangan mereka bersama.

Bung Moktar

Dalam hantaran itu juga, Zahid memanjatkan doa buat sahabatnya.

Ya Allah, ampunkanlah dosanya, terimalah segala amal baktinya, angkatlah darjat kebaikannya, dan kurniakanlah untuknya nikmat syurga-Mu yang abadi…

Zahid berkata seluruh kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan rakyat Sabah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Pssttt! Pemergian Bung Moktar nyata meninggalkan kekosongan dalam hati insan-insan yang pernah bersamanya, terutama rakan seperjuangan politik. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Kredit: Facebook Zahid Hamidi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas