Connect with us

Oh! Media

Watie Dituduh Jadi Punca Shuib Berubah, Ini Respon Tuan Badan!

untitled design   1

Trending

Watie Dituduh Jadi Punca Shuib Berubah, Ini Respon Tuan Badan!

Isteri kepada pelawak terkenal Shuib iaitu Watie terpalit kontroversi apabila ada seorang individu di TikTok mendakwa dia menjadi punca perubahan sikap suaminya. Pulak dah!

Menurut laporan mStar, Watie yang tidak melenting dengan tuduhan tersebut memilih untuk bersabar dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. 

Menerusi Instagram, Watie meluahkan rasa hanya mampu mengucap panjang apabila menonton video berkenaan.

IKLAN

Individu itu siap cadang Shuib tukar bini baru

Individu berkenaan bukan sahaja mendakwa Shuib sudah berubah sejak berkahwin dengan Watie, malah menggesa pelawak itu untuk mencari isteri baharu yang lebih baik. 

Shuib, awak tahu awak berubah sebab apa? Orang tengok awak macam tak betul sejak berkahwin dengan Watie. 

Saya nasihat awak tukar bini baru, cari yang lebih solehah.

Bukan tu jer, dia turut membuat sindiran pedas dengan mengatakan Shuib tidak layak untuk wanita yang lebih baik kerana kedua-duanya didakwa sama sahaja.

Watie beri pesanan untuk jangan timbulkan fitnah

ohmedia watie

Walaupun berhadapan dengan tuduhan melampau, Watie tetap menasihati individu tersebut supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.

Rupanya individu berkenaan juga pernah menuduh Shuib menggunakan wang syarikat Bubblebee Sdn Bhd untuk membiayai perbelanjaan umrah. Namun, Shuib dan Watie memilih untuk tidak melayan dakwaan tersebut.

#OhmediaNasihat

Dalam hidup ini, kita tidak dapat mengawal apa yang orang lain katakan tentang kita. Namun, seperti Watie, kita boleh memilih untuk bersikap tenang dan tidak membalas dengan emosi. 

Sebelum mengeluarkan kata-kata, fikir dahulu kesannya kepada orang lain. Jangan sampai kenyataan kita menimbulkan fitnah atau mengguris hati orang. Semoga kita semua sentiasa menjaga akhlak dan lidah dalam apa jua keadaan!

untitled design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas