Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ditampar Warga Emas Sebab Makan Waktu Siang Hari Di Bulan Ramadan

Ohmedia lelaki tampar orang bukan islam makan

Oh! Tidak

Lelaki Ditampar Warga Emas Sebab Makan Waktu Siang Hari Di Bulan Ramadan

Bayangkan tengah syok makan, tiba-tiba datang seorang lelaki tak dikenali dan tampar korang hanya kerana kita sedang menjamu selera. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki bukan Islam di Johor Bahru baru-baru ini.

Mangsa, yang dikenali sebagai Elijah, berkongsi pengalaman mengejutkan ini di akaun X miliknya, @bingbing656, selepas dia didakwa ditampar oleh seorang warga emas hanya kerana makan di siang hari bulan Ramadan.

Dia tanya saya Islam atau bukan Islam, kemudian marah kenapa saya makan pada bulan Ramadan. Saya bukan Islam dan tidak mengganggu sesiapa, tapi dia tampar saya beberapa kali.- Jelas Elijah.

Image

Menurut Elijah, kejadian berlaku di Family Mart, Angsana Mall. Warga emas itu pada mulanya bertanya tentang keturunannya sebelum mula menyentuh soal agama dan mempersoalkan kenapa dia makan pada waktu puasa.

IKLAN
Image

Netizen & menteri perpaduan kecam perbuatan ini…

Pendedahan ini mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan warga emas tersebut sebagai keterlaluan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Islam tak ajar tampar orang sesuka hati. Ini dah melampau, buat laporan polis cepat!- Komen seorang pengguna X.

Malah, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, turut mengutuk keras insiden ini, menyifatkannya sebagai satu provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Menurut beliau, Malaysia mengamalkan prinsip Rukun Negara yang menekankan perpaduan dan sikap hormat-menghormati.

Polis siasat kes di bawah seksyen 323 kanun keseksaan…

Image

Susulan kejadian tersebut, Elijah telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi, dan pihak polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, masih belum ada perkembangan mengenai tindakan lanjut terhadap warga emas terbabit.

#ApaKataOhmedia

Islam ajar kita untuk hormat semua kaum dan agama, bukan bertindak melulu. Kalau seseorang bukan Islam makan waktu siang di bulan Ramadan, itu hak mereka. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan dijadikan pengajaran buat semua.

Ohmedia lelaki tampar orang bukan islam makan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas