Trauma merupakan respon emosi yang tercetus disebabkan oleh pengalaman pahit masa lalu. Respon trauma ini boleh menyebabkan seseorang itu patah hati, murung dan boleh menyebabkan kematian.
BACA: Viral Video Lelaki ‘Patah Hati’, Tunang Nak Kahwin Dengan Orang Lain
Di Amerika Syarikat (AS), seorang warga emas menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat terlalu sedih dengan kejadian banjir yang menimpa kediamannya.
Sindrom ‘patah hati’ ragut nyawa
Cucu kepada warga emas tersebut berkata bilik tidur neneknya itu ditenggelami air sekurang-kurangnya sedalam empat kaki sehingga neneknya termangu dan tidak berganjak dari tempat tidurnya.
Saya percaya nenek saya meninggal dunia akibat patah hati kerana nenek saya begitu rindukan kediamannya. – cucu
Susulan banjir buruk itu telah menyebabkan 37 kematian termasuk empat kanak-kanak.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.