Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Ditemui Rentung Selepas Kereta Terbakar

83215e82 bab6 4f8c 8dd8 81c8280c71f4

Trending

Warga Emas Ditemui Rentung Selepas Kereta Terbakar

Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kenderaan siang tadi di kawasan parkir Blok D Warisan Cityview, Jalan Cheras.

BACA : Warga Emas Pandu Lawan Arus Bebas Dengan Jaminan Polis

Menurut laporan Astro Awani, panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur pada jam 10.10 pagi tadi memaklumkan kejadian itu.

IKLAN

Sebuah jentera bomba bersama enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil telah 50 peratus dijilat api.

Badan warga emas yang berusia 82 tahun itu melecur 50 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil siasatan forensik bomba mendapati bahawa api telah bermula dari dalam kenderaan tersebut. 

Mayat lelaki itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan oenca kebakaran sebenar masih dalam siasatan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas