Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Berputih Mata, Ditinggalkan Tepi Jalan Selepas Ditipu RM10,000

Warga Emas

Trending

Warga Emas Berputih Mata, Ditinggalkan Tepi Jalan Selepas Ditipu RM10,000

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita membabitkan scammer yang telah berjaya memperdaya serta menipu orang ramai untuk mendapatkan wang.

BACA: Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Golongan jenayah itu juga turut mensasarkan golongan warga emas sebagai mangsa oleh sebab lebih mudah ditipu tanpa memerlukan usaha yang terlalu ‘keras’.

IKLAN

Setakat ini, jumlah kes jenayah scammer mencatatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, walaupun indeks jenayah di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 36 peratus.

Warga emas ditipu RM10,000

Namun, perkara sama juga turut menimpa seorang warga emas berusia 78 tahun selepas ditipu sebanyak RM10,000 oleh dua individu tidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan, warga emas itu juga turut ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 33 kilometer dari rumahnya di Kampung Baru Sungai Ling, dekat Chenor, Maran, selepas wangnya dilarikan suspek.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof, kejadian bermula apabila kedua suspek datang ke rumah mangsa kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Waziir2 e1617332741627
Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

Suspek kemudianya cuba memperdayakan mangsa dengan menyatakan mereka datang dari Terengganu dan berhasrat menyewa tapak di hadapan rumahnya.

Suspek menyatakan mahu menyewa tapak tersebut selama tiga bulan berjumlah RM27,000 bagi tujuan membuat kerja pencawang Telekom.

Bagi menyakinkan mangsa, suspek turut menunjukkan satu cek bernilai RM27,000.

Bawa mangsa ke bank sebelum ditinggalkan

Mohd. Wazir berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu bersetuju sebelum mengikuti mangsa ke sebuah bank di Temerloh dengan menaiki kenderaan mereka.

Menurut suspek, dia diarahkan untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000 dengan alasan sekiranya terlalu banyak wang dalam akaun mangsa, proses untuk memasukkan wang sewa tapak sebanyak RM27,000 akan menjadi sukar.

Setelah selesai, salah seorang daripada suspek mengambil wang berkenaan dan menyatakan wang tersebut akan dimasukkan ke akaun mangsa yang lain.

Selain itu, mangsa juga disuruh untuk menunggu di hadapan bank tersebut dan berjanji akan datang kembali selepas selesai urusan berkenaan.

Namun, selepas menunggu setengah jam, suspek masih tidak memunculkan diri.

Walaubagaimanapun, mangsa yang berasa ditipu dengan segera hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas