Connect with us

Oh! Media

travel

Trending

Wanita Teruk Dikecam Kongsi Tips Travel Dengan BF Ke Thailand Dan Tidur Sekatil Pakai Tudung

Apa benda ni? Kalau hari-hari macam ni penat lah sial… Ada jer benda bukan-bukan yang orang kita ni buat. Terbaru, boleh pula ada perempuan ni bagi tips cara tidur sebilik dengan kekasih kalau pergi travel. Apa ni?

Seorang pengguna Twitter, Mimi Asmara telah berkongsi semula tips yang dikongsikan seorang wanita di Facebook. Wanita muslimah bertudung itu telah berkongsi tips percutian ‘budget‘ ke Thailand bersama teman lelakinya menerusi hantaran di laman Facebook.

IKLAN

Tak payah bilik asing dan boleh tidur atas satu katil sama?

Antaran tips yang diberikan wanita itu adalah dia dan teman lelakinya telah berkongsi bilik hotel dan tidur di katil yang sama namun dihadang dengan meletakkan bantak diantaran mereka.

Tidur bertudung dan berselimut.

Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.

Sembahyang asing-asing.

Rasa lebih selamat bercuti dengan pakwe?

Tambahnya lagi, tips percutian itu bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah para wanita akan berasa lebih selamat kerana bercuti dengan teman lelaki.

Apabila ditanya sama ada mereka tidak takut jika terlanjur melakukan zina, wanita itu menitip pesanan agar sentiasa ‘menjaga niat’ supaya perkara sebegitu tidak berlaku.

Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tips percutian berkenaan dan mengecam tindakan wanita itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas