Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengaku Londehkan Seluar Anak Perempuan Sendiri Untuk Dirogol Suami

Trending

Wanita Mengaku Londehkan Seluar Anak Perempuan Sendiri Untuk Dirogol Suami

Semakin hari semakin banyak kes sumbang mahram dilaporkan dan perkara itu membuatkan rakyat marah serta berharap lebih ramai mangsa diberi kekuatan untuk melaporkan perbuatan keji si pelaku terhadap mereka.

ADVERTISEMENT

Terbaru, satu rakaman tular di media sosial menunjukkan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali menceritakan tentang salah satu kejadian sumbang mahram.

Puan Suzana mendedahkan tentang kisah sebuah keluarga yang terlibat dalam kegiatan sumbang mahram dan apa yang meruntun hati apabila si ibu tergamak membiarkan anaknya menjadi mangsa rogol bapa tiri sendiri.

Bukan itu sahaja, lebih keji lagi apabila dia sendiri mengaku menolong suaminya untuk ‘meratah’ si anak dengan memegang tangan mangsa.

Difahamkan, sebelum perkara berkenaan berlaku, si ibu diberi tiga pilihan oleh suaminya sama ada membenarkan dia tidur bersama mangsa atau melihat mangsa tidur atau jika tidak dia akan diceraikan.

Saya sendiri yang tolong suami saya, pegang tangan anak untuk suami ikat hujung katil. Saya yang pegang hujung kaki anak saya untuk suami saya londehkan seluar.”

Perkongsian Puan Suzana itu membangkitkan kemarahan ramai warganet di media sosial terutamanya TikTok dan Twitter.

Mereka sendiri memaki si ibu kerana tergamak berbuat begitu kepada si anak hanya kerana takut diceraikan oleh suami bernafsukan syaitan itu.

Malah, mereka sendiri perasaan rasa marah dalam diri Puan Suzana kerana suaranya bergetar ketika bercerita menunjukkan betapa marahnya dia dengan situasi itu.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas