Connect with us

Oh! Media

Wanita Hampir Dirogol Di Pejalan Kaki Taman Rekreasi

Untitled Design   1

Trending

Wanita Hampir Dirogol Di Pejalan Kaki Taman Rekreasi

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir dirogol lelaki tidak dikenali di pejalan kaki di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh pada Jumaat lepas. Allahu..

Menurut laporn Kosmo, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam selepas mangsa baru je selesai bersenam di sana dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff.

Mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol terhadapnya. Mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan wanita tersebut kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.

Walau bagaimanapun, lakaran wajah suspek telah diberikan mangsa semasa siasatan yang dipercayai berumur 30-an dan mempunyai kira-kira 170cm ketinggian.

IKLAN

Semoga suspek berjaya ditahan dan diberikan hukuman yang setimpal. Orang macam ni tak boleh dibiarkan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas