Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditemui Syahid Bawah Runtuhan, Hasrat Nikah Lepas Raya Tak Kesampaian

Shaima

Trending

Wanita Ditemui Syahid Bawah Runtuhan, Hasrat Nikah Lepas Raya Tak Kesampaian

Pelajar tahun tiga bidang pergigian, Shaima Abu Al-Auf ditemui maut tertimbus dalam runtuhan bangunan rumahnya di Jalan A-Wahda, Gaza. Difahamkan, serangan bom tentera zionis tersebut turut mengorbankan ibu serta dua adik lelakinya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Shaima dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh sebulan lagi selepas mengikat tali pertunangan pada 2019.

Meraih perhatian ramai, Shaima yang merupakan seorang hafizah telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran. Tunangnya turut meluahkan rasa syukur dan redha dengan pemergian wanita berkenaan tambahan pula apabila mayat ditemui dalam keadaan tersenyum.

IKLAN

Malam tadi saya menghantar mesej kepadanya dan bertanyakan di mana dia berada.

Dia sempat menjawab, saya berada di sini mereka (tentera Israel) sedang mengebom. Saya cakap dengan dia sembunyikan diri segera, namun, mesej itu tidak berjaya dihantar.

Tambahnya lagi, dia mahu menjadikan wanita itu isteri di syurga sekiranya diizinkan Allah SWT.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas