Connect with us

Oh! Media

Wanita Diserang Di Kawasan Parkir Cemas, Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar

6a82286d 240f 45e0 b472 212ee40adac8

Trending

Wanita Diserang Di Kawasan Parkir Cemas, Apabila Lelaki Cuba Buka Seluar

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila ‘diganggu’ seorang lelaki ketika berada di dalam kereta berhampiran tempat letak kereta sebuah kondominium di Persiaran Suntex, Cheras, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga kerani di sebuah syarikat swasta berusia 24 tahun pada 2.41 pagi, Ahad.

Ketika kejadian, mangsa sedang meletakkan kenderaan di kawasan parkir sebelum didatangi suspek yang menunggang motosikal berhampiran tingkap keretanya.

Menurut mangsa, suspek dilihat seperti mahu bertanyakan sesuatu, namun percakapannya tidak jelas.

Suspek kemudian cuba untuk membuka seluarnya tetapi apabila menyedari mangsa sedang merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit lelaki itu membatalkan hasratnya. – Katanya.

Mohd Zaid berkata, suspek kemudian mengambil satu objek dari dalam bakul motosikalnya yang dipercayai batu yang dibaling ke arah cermin bahagian pemandu kereta mangsa dan menyebabkan ia pecah.

IKLAN

Malah, suspek juga cuba merampas telefon bimbit mangsa, namun tidak berjaya. Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian tangan kanan dalam kejadian itu. – Katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rahmad Abdul Aziz di talian 019-3693083 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Katanya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas