Connect with us

Oh! Media

Viral Suami Tolak Isteri Dan Anak Guna Kerusi Roda, Ramadan Kedua Dapat Proton Saga

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 04 05t122746402

Trending

Viral Suami Tolak Isteri Dan Anak Guna Kerusi Roda, Ramadan Kedua Dapat Proton Saga

Baru-baru ini tular di media sosial aksi seorang suami yang gigih menolak isteri dan anak menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat di Pulau Pinang.

BACA: Ebit Lew Hadiah Perodua Bezza ‘Cash’ Untuk Kakak Viral Bawa Ibu Saudara Naik Motor Roda Tiga

Dalam video viral tersebut, si suami dilihat memakai baju berwarna merah menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Sementara isteri yang duduk di kerusi roda menggendong anak mereka. Sebaik sahaja hijau, dia dengan pantas menolak kerusi roda tersebut.

IKLAN

Dapat Proton Saga

Terbaru, pendakwah bebas, Ebit Lew telah menziarahinya di Pulau Pinang selepas selesai urusan di Terengganu. Ebit Lew meluahkan rasa syukur dapat menghadiahkan pasangan ini Proton Saga.

Kata beliau, segala urusan pembelian kereta secara tunai berjalan dengan lancar. Tak sampai satu jam mereka sudah dapat kereta.

Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je.

Di ruangan komen, orang ramai mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Ebit Lew yang sentiasa hadir membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kredit: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas