Oh! Tech
Viral Pasangan Kekasih Bergaduh Di Sebuah Restoran! Ada Yang Cakap Berlakon Je, Disebabkan HONOR X9c Yang Terlalu Tahan Lasak!
Baru-baru ini tular di media sosial, rakaman video sepasang kekasih yang sedang bergaduh di sebuah restoran Hot Pot.
Video ini dikongsikan oleh seorang pelanggan yang merasa kurang senang dengan tindakan kedua-dua pasangan tersebut dan telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Lakonan Semata, Sebab…
Berkunjung di ruangan komen, ramai yang mula membuat spekulasi tentang kejadian itu dan ada juga yang menasihati lelaki itu untuk meninggalkan kekasihnya.
“Cari yang lain je.. Ingat kita je nak kena jaga hati diorang…”
Ada juga yang berspekulasi bahawa ia hanya lakonan semata-mata untuk mengelakkan dari membayar makanan mereka.
“Tak cukup duit nak bayar makan la tu.”
Eh, dah makan tak nak bayar ke?
Tahan Campak, Tahan Panas & Masih Bernyawa!

Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan ketahan telefon tersebut. Walaupun dah kena campak ke lantai dan dalam periuk panas, masih boleh angkat call tau.

Walaupun disalah anggap sebagai peranti dari model pesaing, ramai netizen yang mula mengatakan ia adalah HONOR X9c 5G yang belum dikeluarkan di pasaran!
“Ini confirm HONOR X9c yang terbaru. Dahla tahan lama, kalis air pula tu!”
Ia terbukti apabila salah seorang pengguna beta, yang telah menerima versi awal HONOR X9c 5G, menjelaskan situasi itu.
Tambah pula, dengan gambar rasmi yang telah dikeluarkan HONOR sendiri, ia disahkan bahawa telefon yang digunakan oleh lelaki dalam video itu, dengan badan berwarna ungu
dan reka bentuk cincin perak di sekeliling kamera belakang, sememangnya HONOR X9c 5G!
Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Tarikh rasmi pelancaran peranti terbaru HONOR ini masih belum dipastikan lagi, namun ia dijangkakan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
Apa pun, kita tunggu dan lihat je la kan.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM