Trending

Viral Kubur Tertulis Nama Upin Ipin Di Indonesia, Raih Lebih 37 Juta ‘Views’

Published on

Siapa tidak kenal dengan watak animasi popular Upin dan Ipin yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Siri animasi yang disiarkan sekitar tahun 2007 itu sehingga kini mempunyai jumlah pengikut yang ramai termasuk di negara seberang.

BACA: Upin Ipin Gagal Mara Ke Peringkat Akhir Oscar, 1 Lagi Dokumentari Pendek Terbitan Anak Malaysia Tercalon

Terbaru, viral pula rakaman video menunjukkan pusara dua anak kecil yang tertulis nama Upin dan Ipin. Menerusi perkongsian di TikTok @bang_alonk3110, kedua-dua pusara berwarna biru itu turut tercatat tahun kematian masing-masing.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 3.9 juta tanda suka dan lebih 37 juta tontotan. Orang ramai mula meninggalkan pelbagai spekulasi mengenai watak animasi popular ini.

Ada yang mendakwa kisah tersebut digarap dari kisah benar. Netizen Indonesia mendakwa apa yang dipertontonkan adalah imaginasi si opah yang kehilangan cucu kembarnya.

@mizan_jamil #fyp #xyzbca #upinipin #viral #kartun ♬ suara asli – ⓝ.

Meskipun pelbagai spekulasi yang timbul selepas tularnya video ini, orang ramai menegaskan bahawa karakter dalam siri animasi itu tiada kaitan antara yang hidup atau mati. Watak kartun Upin Ipin hanyalah rekaan semata-mata.

Kredit: TikTok @bang_alonk3110 | @mizan_jamil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version