Connect with us

Oh! Media

(Video) Warga Emas Ditikam Ketika Nak Solat Jumaat, 2 Suspek Ditangkap Kurang 4 Jam

Ohmedia pembunuhan

Trending

(Video) Warga Emas Ditikam Ketika Nak Solat Jumaat, 2 Suspek Ditangkap Kurang 4 Jam

Petang tadi tersebar video menunjukkan satu kejadian bunuh di Kampung Idaman, Klang. Mangsa adalah seorang lelaki warga emas dan telah meninggal dunia akibat ditikam.

Pembunuhan itu bagaimanapun berjaya dirakam dashcam milik sebuah kenderaan yang melalui kawasan Kampung Idaman dan ia berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari. Mangsa ketika itu dilihat keluar rumah lengkap berbaju melayu dan songkok untuk menunaikan Solat Jumaat.

2 suspek berjaya ditahan

Pemilik kenderaan dan orang ramai cuba mengejar suspek tetapi berjaya melarikan diri dengan motosikal. Pihak polis bagaimanapun bertindak pantas selepas berjaya memberkas kedua-dua suspek 4 jam kemudian di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.

IKLAN

Kes pembunuhan ini disahkan oleh Ketua Polis Derah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengenali mangsa. Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan pihak polis

Pihak polis juga akan hantar pememohon reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Klang esok. Salam takziah buat keluarga mangsa, atas pemergian Mohd. Sani Abdullah 69 tahun. Semoga pembunuh terima hukuman sepatutnya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas